Profesor Shamshuddin Jusop
Tanah asid sulfat (juga disebut tanah masam) adalah tanah yang dapat difahami mempunyai pH dibawah 6. Antara ciri fizikal yang mudah untuk mengenali tanah asid sulfat ini ialah kehadiran mineral jarosite yang menyebabkan tanah berwarna kekuningan dan daun menjadi kering bagi tanaman padi.
Kehadiran asid sulfat kebanyakkannya berlaku di kawasan yang berhampiran laut. Difahamkan bahawa kawasan ini dahulunya ditenggelami oleh air laut. Di kawasan MADA, Kedah misalnya kajian mendapati bermula lebih 20km dari pesisir pantai dahulunya ditenggelami laut. manakala di kawasan Semerak-Kemasin, Kelantan pula, kehadiran asid sulfat direkodkan sehingga 4km dari pantai.
Pengeluaran hasil terutamanya padi di tanah asid sulfat akan terjejas disebabkan oleh keasidan yang tinggi dan juga kesan keracunan unsur Al atau Fe. Oleh itu masalah ini perlu diatasi.
Pengeluaran hasil terutamanya padi di tanah asid sulfat akan terjejas disebabkan oleh keasidan yang tinggi dan juga kesan keracunan unsur Al atau Fe. Oleh itu masalah ini perlu diatasi.
Cara mengatasi:
Oleh itu bagi mengatasi masalah ini, para petani disyorkan melakukan pengapuran (GML). Untuk tanaman padi, pH perlu dinaikkan sekurang-kurangnya lebih daripada 4. Pada tahap ini, padi sudah toleran untuk pertumbuhan. Untuk lebih baik adalah melebihi paras pH6. Kapur dapat bertahan didalam tanah dan diambil oleh pokok sekurang-kurangnya untuk 2 musim penanaman.
Satu lagi kaedah yang disyorkan ialah merawat tanah asid sulfat dengan batuan basalt yang juga bersifat seperti batu kapur. Kelebihan basalt berbanding batuan kapur adalah ianya membekalkan pelbagai unsur surih kepada tanah seperti Ca, Mg, P dan Silikon. Silikon pula dapat mencegah padi rebah dan penyakit karah. Basalt juga lebih murah dari batu kapur. Namun basalt memerlukan masa yang agak lama untuk larut dalam tanah iaitu 2 minggu berbanding batu kapur. Basalt tidak membekalkan unsur N.
Kombinasi diantara batu kapur, basalt dan baja bio adalah lebih baik dan telah terbukti berkesan.
*Rumusan daripada ucapan Profesor Dr Shamshuddin Jusop, Pakar Sains Tanah UPM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan