Rabu, 26 Jun 2013

Qari Hj Ku Abdullah Jusoh


Sememangnya beliau sangat terkenal, terutama di negeri Perlis. Dikenali dengan nama Pak Lah Telang, selain menjadi guru Quran, beliau juga adalah imam di Masjid Alwi, Kangar. Seingat saya, setiap tahun Pak Lah sering dijemput menjadi hakim musabaqah al-Quran samada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa. 


Suara beliau MasyaAllah......tersangatlah lunak ketika mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran. Sehingga tidak terasa kaki leguh berdiri lama dalam sembahyang. Kalau saya berjemaah di Masjid Alwi, tiada harapan lain selain hanya mahu berimamkan beliau.

Tuan Hj Abdullah memiliki suara dan kerongkong ala arab. Sehingga sesiapa sahaja yang mendengar bacaan tanpa melihat orangnya akan menyangka beliau ialah orang arab.  

Sabtu, 8 Jun 2013

Karnival Usahawantani 2013


Seperti semester sebelumnya, penganjuran Karnival Usahawantani UPM bermatlamat memberi penghargaan kepada para pelajar kursus Keusahawanan Pertanian yang bertungkus-lumus mengusahakan projek mereka selama satu semester ini. Dengan adanya karnival seperti ini, mereka juga berpeluang memasarkan produk pertanian masing-masing. Terdapat empat kategori projek pelajar yang terlibat iaitu tanaman rock melon, ternakan ikan tilapia dalam sangkar, ayam kampung dan tanaman ladang. Sememangnya UPM memberi galakan yang banyak untuk para pelajar menceburi bidang keusahawanan.


TNC HEPA, Prof. Dr. Mohammad Shatar Sabran hadir merasmikan karnival ini, seterusnya menyampaikan replika cek dan sijil kepada kumpulan-kumpulan yang menang.

 WOW!! Sempat lagi posing. Yang kojer nya 2-3 orang je, lain-lain tu amacam? 

Ini betul-betul hasil titik peluh kami tau! Bukan tangkap muat rock melon dari luar. Ada yang mencecah 3kg lebih.....hehehe. Boleh dikatakan inilah produk utama yang paling laris.

Juga beraneka produk hiliran rock melon seperti dadih, rojak buah, buah potong, jus dan ais krim. Semua ni kerja budak-budak perempuan. Memang rajin betul lah mereka.

Buah yang dipotong dadu ini pula hendak dijadikan koktail. Lai Lai....sedappp

Tak sia-sia usaha selama satu semester. Inilah ganjarannya. Tahniah kepada ahli-ahli rumah teduhan 4.


Isnin, 3 Jun 2013

Chokanan Haji Basiron



Menurut pemiliknya, Tuan Haji Basiron, ladang mangga chokanan ini berkeluasan 5 ekar terletak di Kampung Gelam, Bukit Rambai, daerah Melaka Tengah. Tanah pusaka keluarga ini beliau usahakan kira-kira 10 tahun yang lalu. Modal untuk beliau bangunkan ladang ini datangnya dari pencen sebagai askar.


Hasil dari titik peluh beliau, ladang ini dapat mengeluarkan sebanyak 10 tan mangga chokanan semusim. Pasaran adalah pelbagai termasuklah melalui FAMA, peraih dan orang perseorangan. Jika diambil kira sekilo RM3.00, maka secara matematiknya beliau mampu mendapat pulangan mencecah  RM30, 000. Menurut Haji Basiron lagi, dengan hasil dari ladang inilah beliau dapat mengerjakan ibadah haji, tetapi dengan syarat kita hendaklah berniat dari awal, mengeluarkan zakat dan melazimi sedekah. 


Chokanan yang ladang ini keluarkan akan dipastikan berkualiti oleh Haji Basiron. Oleh itu, beliau akan memetik sendiri buah yang betul-betul matang dan mempunyai bentuk yang sempurna kerana kebanyakannya akan dieksport ke Singapura.


Disebabkan kebanyakan penduduk mengusahakan penanaman mangga chokanan, Kampung Gelam ini dijadikan produk agrotourism oleh kerajaan Melaka. Kalau anda ingin mencari mangga chokanan di Melaka, pastinya anda tidak berjumpa kerana nama ini sekarang dikenali sebagai 'MELAKA DELIGHT'.  




Anda Juga Mungkin Meminati: