Entah mengapa tiba-tiba teringat aku pada seorang apek tua ni. Dalam kegelapan malam sewaktu menunggang motorsikal balik dari makan di 'Padang', kenangan gelagat cina Chong Cit kembali menerjah dalam kotak memori. Dahulunya ketika zaman sekolah aku dan teman-teman sering juga berkunjung ke kedai beliau. Boleh dikatakan saban minggu pasti samada aku sendiri atau menemani rakan pergi untuk meng'alter' seluar. Maklumlah zaman itu zaman dimana budaya berkaki seluar kecil berleluasa. Kedai jahit Chong Cit terletak di dalam bazar lama bandar Kangar, sangat terkenal dalam kalangan pelajar sekolah tetapi penuh dengan kepelikan tersendiri.
Mana kan tidaknya, keadaan dalam kedai kayu itu sendiri menceritakan segala-galanya. Bermula dengan gulungan kain yang entah berapa lama tak terusik, jenis-jenis kain yang ketinggalan zaman dan banyak diselaputi sarang labah. Di dalam kedai yang agak gelap ini terdapat satu gunting antik yang besar. Nampak berkarat tetapi tajam masih digunakan oleh Chong Cit untuk memotong pakaian. Tak kan tak dak gunting lain kot Chong Cit oit. Nampak purba sangat. Hahaha.....
Pada diri Encik Chong Cit itu sendiri pun penuh dengan misteri. Selang masa 2 hingga 3 minit sekali beliau akan menyentakkan tangan ke peha lantas membetulkan untaian remoih yang beberapa helai itu. Hahaha. Satu lagi, jika dilihat pada cara renungan mata seolah-olah beliau mahu menerkam mangsa.
Namun yang istimewanya, jahitan beliau sememangnya kemas dan selesa dipakai. Inilah yang membuatkan pelanggan beliau sentiasa bertambah. Harganya juga berpatutan. Tetapi jangan terlalu sangat mengharap kerana barangkali seluar anda tidak dapat dipulangkan. Kadang-kadang ianya hilang dalam timbunan kain dan Chong Cit sendiri gagal mencari.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan