Sebelum khutbah Jumaat di Masjid Jamek KPS Serdang tadi, seperti kebiasaannya, khatib jemputan akan menyampaikan sedikit tazkirah kepada jemaah yang hadir. Aku hanya sempat mengikuti di hujung-hujung tazkirah sahaja.
Topik yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Ali tadi sangat menarik. Amat jarang para asatizah kita membahaskan fekah menegakkan negara Islam terutamanya melalui pilihanraya. Ustaz membahaskan buku karangan Syeikh Said Hawwa, tapi aku tak tahu tajuk buku tu. Antara perkara yang dapat aku tangkap ialah:
-Perjuangan menegakkan negara Islam sudah menjadi Fardhu Ain bagi umat Islam
-Fahaman Fardhu Kifayah (setengah buat, setengah tak payah) adalah tidak betul. Semua mesti terlibat. Misalnya, parti Islam yang bertanding memerlukan undi majoriti untuk menang. Jadi, mengundi parti Islam itu adalah Fardhu Ain bagi semua umat Islam.
-Barat cuba menanamkan pemikiran bahawa politik itu kotor dan memecah belahkan masyarakat agar umat Islam menjauhi politik. Fahaman ini bukan berlaku secara tiba-tiba sebaliknya dirancang dengan rapi.
-Anutan fahaman pemerintah menentukan dasar yang bakal dibentuk (Islam/sekular)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan