Sabtu, 29 Mac 2014

TAHNIAH Prof. Dr. Rafii

Baru-baru ini, saya berpeluang untuk bersua muka dengan Dr. Rafii (atas satu urusan) di pejabat beliau di Institut Pertanian Tropika, UPM.  Ibrahim, pelajar PhD Dr. Rafii yang berasal dari Nigeria sebelum itu memaklumkan kepada saya yang mana Dr. dah dinaikkan ke pangkat profesor penuh. Saya tumpang gembira dengan perkhabaran ini.

Pada hemat saya, beliau memang selayaknya diberikan gelaran profesor memandangkan banyak hasil kajian beliau telah diterbitkan dalam jurnal. Sikap rajin Dr Rafii tidak dapat dinafikan. Beliau pernah menunjukkan punch card nya pada saya, boleh dikatakan hampir setiap hari beliau pulang lewat mencecah malam. Begitu juga pernah satu-satu ketika, beliau memberitahu pelajar dibawah seliaannya mencapai sejumlah 20 orang.


Dr. Rafii adalah dahulunya orang penting biakbaka MPOB sebelum menyertai UPM. Beliau terlibat secara langsung memilih, mengumpul dan membawa masuk beberapa baka sawit dari tempat asalnya di Afrika ke Malaysia. Satu keistimewaan Dr. Rafii yang saya perhatikan ialah sikap ringan mengucapkan salam kepada sesiapa sahaja dan senantiasa dilihat solat berjemaah.

Tahniah Prof. Dr. Rafii. Lepas ni kenalah saya panggil PROF!

Anda Juga Mungkin Meminati: