Memaparkan catatan dengan label Info Agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Agama. Papar semua catatan

Sabtu, 31 Mei 2014

Ustaz Dato' Shamsuri Hj Ahmad



Malam ini saya ingin mencoretkan sedikit perihal al-Fadhil Ustaz Dato' Shamsuri Haji Ahmad sebagai tanda kasih dan sayang kami kepada beliau.

Beliau Ustaz Shamsuri bukanlah sesuatu yang asing bagi pendengar majlis ilmu di sekitar utara tanah air. Nama beliau sangat terkenal suatu ketika dahulu yang mana kaset-kaset ceramah beliau sangat laris terjual dan boleh dikatakan setiap rumah pasti ada menyimpannya. Kemunculannya pernah menjadi suatu fenomena pada ketika itu.

Sebenarnya kerjaya dakwah beliau juga tidak sepi dengan pelbagai kontroversi. Pernah terpalit dengan isu berceramah atas pentas Barisan Nasional pada PRK Indera Kayangan 2002 dulu (kalau tak silap) dan juga isu Restoran Nasi Kandar Pelita yang hangat diperkatakan. Namun begitu beliau telah memberikan penjelasan mengenainya. Saya tidak kisah mengenai semua itu kerana yang penting bagi saya adalah mengambil manfaat dari ilmunya.


Saya percaya, ramai sebenarnya berguru dengan beliau melalui kaset, VCD dan Youtube berbanding berhadapan secara terus. Termasuk juga saya. Hanya tiga kali sahaja saya berkesempatan mengikuti kuliah beliau iaitu di Masjid Sultanah Bahiyah dan Masjid al-Muttaqin. MasyaAllah cara penyampaian dan kandungan kuliah beliau sangat menarik minat saya. Beliau selalu menggunakan Kitab Bahrul Mazi karangan Syeikh Idris al-Marbawi. Sejak dari pertama kali dengar lagi saya sudah jatuh cinta pada kitab ini. Pada saya, beliau seoranglah sahaja ustaz yang berjaya mengupas kitab ini dengan begitu baik sekali. Sekali-sekala beliau selitkan kisah jenaka yang mencuitkan.

Tidak habis rasanya untuk menghurai personaliti ini. Saya syorkan supaya setiap dari kita mengikuti sendiri ceramah beliau. Seorang yang istiqamah, sederhana, bersahaja, dan berilmu! 




Rabu, 20 November 2013

Baru Faham


" نضّر الله امرءا سمع مقالتي فوعاها فأداها كما سمعها"

Hadis di atas dijadikan 'headline' oleh Syeikh Idris al-Marbawi dalam permulaan setiap jilid kitab Bahrul Maazi. Ini adalah salah satu metode penting beliau dalam penulisan.  



Ertinya: “Allah mempercahayakan (wajah) seseorang yang mendengar kata ucapanku, lalu dia memahaminya, lantas dia menunaikannya sebagaimana dia mendengarnya”. 

Ahad, 25 Ogos 2013

Jaga2 Hai Kaum Melayu Yang Muslimin


Dan segera kahwinkan anak dara atau anak perempuan muda yang bujang itu dengan orang yang beragama dan yang berperangai baik sebagaimana perangai yang terpuji pada syarak.

Bahrul Madzi Jilid 8 m/s 35

Ahad, 26 Mei 2013

Muhasabah

Daripada Zaid b Tsabit ra,

مَنْ كانتِ الدُّنيا همَّه فرّق الله عليه أمره ، وجَعَلَ فقرَه بين عينيه ، ولم يأتِهِ من الدُّنيا إلا ما كُتِبَ له، ومَنْ كَانَتِ الآخرةُ نيَّته جمَعَ الله له أمرَه، وجعل غِناه في قلبِه، وأتته الدُّنيا وهي راغمةٌ

“Barang siapa yang menjadikan dunia sebagai cita-citanya, nescaya Allah akan mencerai-beraikan urusannya dan meletakkan kefakiran diantara dua matanya, sedangkan dunia tidak akan datang kepadanya melainkan sekadar apa yang telah ditetapkan. Dan barangsiapa yang menjadikan akhirat itu niatnya, nescaya Allah memudahkan segala urusannya serta menjadikan rasa cukup dalam hatinya sementara dunia datang tunduk kepadanya dalam keadaan dia berat untuk menerima". Hadis sahih riwayat Ibnu Majah.

~PATUTLAH KITA SENTIASA SIBUK DENGAN URUSAN DUNIA DAN TIDAK MERASA CUKUP DENGAN APA YANG ADA~

Sabtu, 16 Februari 2013

Bukan Fardhu Kifayah Lagi

Sebelum khutbah Jumaat di Masjid Jamek KPS Serdang tadi, seperti kebiasaannya, khatib jemputan akan menyampaikan sedikit tazkirah kepada jemaah yang hadir. Aku hanya sempat mengikuti di hujung-hujung tazkirah sahaja.
Topik yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Ali tadi sangat menarik. Amat jarang para asatizah kita membahaskan fekah menegakkan negara Islam terutamanya melalui pilihanraya. Ustaz membahaskan buku karangan Syeikh Said Hawwa, tapi aku tak tahu tajuk buku tu. Antara perkara yang dapat aku tangkap ialah:

-Perjuangan menegakkan negara Islam sudah menjadi Fardhu Ain bagi umat Islam
-Fahaman Fardhu Kifayah (setengah buat, setengah tak payah) adalah tidak betul. Semua mesti terlibat. Misalnya, parti Islam yang bertanding memerlukan undi majoriti untuk menang. Jadi, mengundi parti Islam itu adalah Fardhu Ain bagi semua umat Islam.
-Barat cuba menanamkan pemikiran bahawa politik itu kotor dan memecah belahkan masyarakat agar umat Islam menjauhi politik. Fahaman ini bukan berlaku secara tiba-tiba sebaliknya dirancang dengan rapi.
-Anutan fahaman pemerintah menentukan dasar yang bakal dibentuk (Islam/sekular)


Khamis, 14 Februari 2013

Syeikh Idris al-Marbawi, Satu Dalam Berjuta


Gambar ketika beliau masih muda yang terdapat dalam Kamus al-Marbawi

Nama Muhammad Idris bin Abdul Rauf mungkin kurang dikenali. Namun jikalau disebut Syeikh Idris al-Marbawi sahaja sudah tentu tidak perlu diperkenalkan lagi gerangan empunya diri ini. Tokoh yang sangat berjasa di dalam mendidik ummah terutama melalui penulisan. Di sini saya ingin menyifatkan bahawa Tuan Syeikh Idris adalah satu anugerah Allah yang amat tidak ternilai kepada ummat Melayu.

Dua buah air tangan beliau iaitu Bahrul Mazi dan Kamus Idris al-Marbawi merupakan penulisan yang sangat berharga dan bermutu tinggi selain daripada beberapa buah kitab lagi. Sehingga sekarang ini pun kedua-dua kitab tersebut masih digunapakai dalam pengajaran dan sebagai rujukan. Seingat saya, ketika berlajar dahulu, tidak sah dan tidak sempurna jika pelajar tidak memiliki Kamus al-Marbawi.

Tuan Syeikh Idris sememangnya seorang ulama yang penuh tawadhuk dan merendah diri. Tidak membesar diri walaupun ilmu memenuhi dada dari segi kefahamannya dalam bahasa Arab. Sebagai contoh, dapat kita lihat dalam kalam mukadimah Kamus al-Marbawi beliau menyebut:

"Walaupun bukanku itu ahlinya yang sejati"

Juga didalam mukadimah Bahrul Mazi beliau berkata:

"Adapun kemudian daripada itu, maka lebih dahulu daripada aku masuk didalam mengarang kitab ini dengan tawadhuk aku kepada Allah SWT kiranya dipohonkan kepadanya tiadalah salah menerangkan sedikit perkataan ini kepada segala saudaraku"

Diberitakan bahawa ketika kerajaan Malaysia mula memperkenalkan anugerah Tokoh Maal Hijrah, tiada tokoh lain yang dilihat layak kecuali Syeikh Idris al-Marbawi. Beliau adalah penerima Tokoh Maal Hijrah Pertama pada tahun 1987 yang diadakan di Dataran Pusat Islam.

Pihak penganjur meminta beliau menyampaikan sepatah dua kata seusai penyampaian. Beliau menolak kerana beralasan tidak tahu. Setelah diminta berkali-kali, beliau tampil juga dengan memulakan salam, mengucap puji-pujian kepada Allah dan Rasul seterusnya menutup kembali dengan salam.

Antara hadiah yang beliau terima adalah berupa wang tunai RM40,000.00. Sebahagian duit tersebut beliau gunakan untuk mengasaskan Kolej Islam al-Marbawi al-Islamipada Mac 1988.

SubhanAllah, mulianya sikap seorang ulama akhirat ini. Tidak bermegah-megah dengan pangkat dunia. Moga Tuan Syeikh Idris ditempatkan bersama para solehin.

Sabtu, 5 Januari 2013

Sahabat Nabi Muhammad SAW

Keutamaan sahabat-sahabat Nabi:


“Sebaik-baik manusia ialah pada generasiku, kemudian generasi berikutnya, kemudian generasi berikutnya.”


"Janganlah kamu mencaci-maki seorang pun dari para sahabatku. Sekalipun salah seorang kamu membelanjakan emas sebesar gunung Uhud, hal itu tidak dapat menandingi satu bahkan setengah mud salah seorang mereka." 



Sahabah

  1. Abbas bin Abdul Muthalib, Bapa saudara Nabi
  2. Abdul Rahman bin Auf, Jutawan, dijanjikan Syurga
  3. Abdullah bin az-Zubair, Anak Asma dengan az-Zubair bin al-'Awwam
  4. Abdullah bin Abbas
  5. Abdullah bin Abu Bakar, Anak Abu Bakar as-Siddiq
  6. Abdullah bin Amru (Abu Muhammad)
  7. Abdullah bin Jahsyin
  8. Abdullah bin Mas'ud
  9. Abdullah bin Rawahah. Panglima perang
  10. Abdullah bin Salam
  11. Abdullah bin Umar, Anak Umar al-Khattab, diakui kesolehannya oleh Nabi.
  12. Abdullah bin Ummi Maktum, Muazzin 2 Masjid Nabawi
  13. Abu Ayyub al-Ansari, dirumah beliau Nabi bermalam
  14. Abu Bakar as-Siddiq, Khalifah ar-Rasyidin Pertama, dijamin Syurga
  15. Abu Darda'
  16. Abu Hurairah, Perawi Hadis
  17. Abu Huzaifah al-Yamani
  18. Abu Malik bin Asim (al-Haris bin Asim al-Asy'ari)
  19. Abu Musa al-Asy'ari
  20. Abu Najih (al-Irbad bin Sariyah), Ahli suffah
  21. Abu Said al-Khudri (Malik bin Sinan)
  22. Abu Tsa'labah (Jursum bin Nashir)
  23. Abu Ubaidillah al-Jarrah, orang yang paling amanah, dijanjikan syurga
  24. Abu Zar al-Ghiffari (Jundub bin Junadah)
  25. Adi bin Hatim
  26. Al-Arqam bin Abi al-Arqam
  27. Ali bin Abi Talib, Khalifah ar-Rasyidin ke-4, dijamin Syurga
  28. Ammar bin Yasir
  29. Amru bin al-'As
  30. Anas bin Malik, Khadam Nabi
  31. An-Nawwas bin Sim'an bin Khalid bin Amru al-Amiri al-Kilabi
  32. Az-Zubair bin al-'Awwam, dijanjikan Syurga
  33. Bilal bin Rabah, Muazzin Nabi
  34. Hamzah bin Abdul Muthalib, Bapa saudara Nabi
  35. Ikrimah bin Abi Jahal
  36. Ja'afar bin Abi Talib, sepupu Nabi, panglima perang, ahli syurga
  37. Jabir bin Abdullah (Abu Abdullah al-Khazraji as-Salmi), Penuntun unta Nabi semasa Baginda mengerjakan haji.
  38. Julaibib, penduduk Madinah, rupa paras tidak segak, Rasulullah meminang untuknya dengan wanita cantik.
  39. Khalid bin al-Walid, Panglima Perang
  40. Muawiyah bin Abi Sufian, Khalifah Umaiyyah Pertama
  41. Muaz bin Jabal,  Utusan Nabi ke Makkah dan Yaman, Guru Quran
  42. Mus'ab bin Umair, Utusan Nabi untuk berdakwah di Madinah
  43. Nu'man bin Basyir
  44. Saad bin Abi Waqqas, Utusan Nabi ke China, dijamin Syurga
  45. Saad bin Muaz, kematiannya ditangisi penghuni langit, bergegar Arasy
  46. Sahl bin Saad al-Ansari (Abu Abbas)
  47. Said bin Zaid, dijanjikan Syurga
  48. Salim Maula Abi Huzaifah, hamba Abu Huzaifah, Imam masjid Quba', Guru Quran
  49. Salman al-Farisi
  50. Shaddad bin Aus (Ibnu Tsabit)
  51. Sufian bin Abdullah bin Abu Rabi'ahbin Haris as-Saqafi (Abu Amru)
  52. Suhaib ar-Rumi
  53. Talhah bin Ubaidillah, dijanjikan Syurga, 
  54. Tamim bin Aus ad-Dari, Pelayar
  55. Tsa'labah, ahli perang Badar
  56. Tsabit b Qais b Syammas, Jurucakap Nabi
  57. Ubadah bin as-Somit
  58. Ubay bin Ka'ab, penulis wahyu, guru Quran
  59. Ukasyah bin Mihsan, dijanjikan Syurga
  60. Umar al-Khattab, Khalifah ar-Rasyidin ke-2, dijamin Syurga
  61. Uqbah bin Amru (Abu Mas'ud al-Badri)
  62. Usamah bin Zaid, cucu angkat Nabi, anak Zaid bin Harithah
  63. Uthman bin Affan, Khalifah ar-Rasyidin ke-3, dijamin Syurga
  64. Uwais al-Qarni (tidak sempat bertemu Nabi)
  65. Wabisah bin Ma'bad bin Malik bin Ubaid al-Asadi
  66. Yazid bin Tsabit
  67. Zahir, orang Badwi, Peniaga di Pasar Madinah
  68. Zaid bin Harithah, Anak angkat Nabi
  69. Zaid bin Tsabit, Penulis Wahyu
Sahabiah

  1. Aisyah binti Abu Bakar, Isteri Nabi termuda, Anak Abu Bakar as-Siddiq
  2. Asma' binti Abu Bakar, Anak Abu Bakar as-Siddiq, Kakak Aisyah
  3. Hafsah binti Umar al-Khattab, Isteri Nabi
  4. Juwairiyah binti al-Haris, Isteri Nabi
  5. Khadijah bt Khuwailid, Isteri pertama Nabi
  6. Maimunah binti al-Haris, Isteri Nabi
  7. Mariah binti Syam'un al-Qibtiyah, Isteri Nabi
  8. Safiyyah binti Huyay, Isteri Nabi
  9. Saudah binti Zam'ah, Isteri Nabi
  10. Ummu Habibah Ramlah binti Abi Sufian, Isteri Nabi
  11. Ummu Haram binti Milhan
  12. Ummu Salamah Hindun binti Umayyah, Isteri Nabi
  13. Ummu Sulaim, emak Anas bin Malik
  14. Ummul Qais
  15. Zainab Binti Jahsyin, Isteri Nabi
  16. Zainab binti Khuzaimah, Isteri Nabi

*saja aku taip, akan di'update' dari semasa ke semasa

Sabtu, 29 Disember 2012

Tuntutan Berserban

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Memetik tulisan Syeikh Idris Al-Marbawi dalam Bahrul Mazi:


"Memakai serban itu dipuji akan dia oleh syarak kerana ia satu pakaian kita. Maka kita mengikut apa perbuatan Nabi itu lebih baik daripada menurut lainnya, kerana ialah turutan kita dan ikutan kita".

Syeikh Idris al-Marbawi

Memakai serban adalah satu sunnah yang sukar diamalkan bagi lelaki sekarang ini. Mungkin bagi pelajar aliran agama atau sekolah pondok mereka agak terbiasa, tetapi bagi orang kebanyakan pemakaian serban adalah sesuatu  yang berat untuk diamalkan. Mungkin kerana dilihat terlalu alim atau sesetengahnya memandang dari sudut negatif .

Sebenarnya tidak sesukar mana jika benar mahu mengikut sunnah Nabi Muhammad yang mulia ini. Mulakan dahulu didalam rumah dengan menunaikan sembahyang secara berserban. Benar lama kelamaan kita akan berasa selesa, lebih berkeyakinan dan ikatan akan menjadi semakin kemas. Ada hadis yang menyatakan sembahyang dengan berserban adalah fadhilatnya sehingga 25 kali ganda. Orang yang berserban juga akan kelihatan segak menawan selain beroleh pahala.




Berserban boleh dengan pelbagai cara tetapi prinsipnya mestilah dengan cara melilit pada kopiah/ketayap/tarbus dll. Baginda Nabi pernah diriwayatkan memakai serban berwarna putih, hijau dan hitam. Bentuk serban berbeza mengikut fahaman, tariqat, tempat dan panjang kain.

Walau apa pun jenis serban yang dipakai, pasangkan niat dalam hati semata-mata untuk mengikut sunnah Nabi. Kerana tanpa niat yang betul kita tidak ada bezanya dengan masyarakat arab jahiliyah, orang nasrani dan juga bangsa singh yang turut berserban dengan cara masing-masing!!!

Isnin, 1 Oktober 2012

Checklist Pada Diri



Siapakah orang yang elok perangainya?

Beradab sopan dan santun,
Tidak besar diri,
Tidak riak,
Tidak lekas marah,
Tidak perongos,
Tidak bongkak,
Tidak dengki,
Tidak hasad,
Tidak buat benda yang tidak baik,
dan sebagainya.

 Dan bersifat mahmudah iaitu ada malu serta lemah lembut kelakuan.

Mengapa kita dianjurkan sedemikian rupa, ini kerana dengan elok perangai itu dapat memberatkan amalan kita di akhirat sana.

Sabda Nabi: "Tidak ada suatu yang memberatkan timbangan seorang mukmin dihari akhirat melainkan akhlak yang elok".

Lagi Nabi pernah bersabda, "Seseorang hamba Allah itu mendapat darjat tinggi di akhirat disebabkan elok perangai, walaupun di dunia ibadatnya dhaif".

Nampak macam mudah, tapi susah nak buat. Melainkan bantuan dari Allah dan iltizam yang tinggi.

Khamis, 10 Mei 2012

Ayat Hikmat

Di sini aku nak share 2 ayat terakhir dari surah at-Taubah. Ada sorang pak cik tu minta aku hafal dan amalkan 2 ayat ni. Pak cik tu kata amalkan selalu kerana dia telah lama mengamalkan ayat ini dan macam2 anugerah yang Allah kurniakan berkat dari mukjizat al-Quran. Aku juga ada mendengar kuliah beberapa orang ustaz dalam kuliah mereka menganjurkan supaya ayat ini dihafal dan diamal selepas solat. Banyak kelebihannya.....



Semoga kita beroleh manfaat darinya.

Jumaat, 20 April 2012

Sebab Imam Ditegah Memanjangkan Solat Jemaah



Kerana bahawasanya ada di kalangan mereka (yang berjemaah) orang muda-muda. Maka orang muda itu adatnya ialah yang disuruh oleh keluarga dirumah daripada ibu ataupun saudara dan sebagainya untuk nak menyempurnakan hajat daripada mencari makanan ataupun cari ubat sakit demam ataupun nak ambil suatu benda yang jauh dan sebagainya.
Dan orang muda-muda itulah yang cergas menyempurnakan apa perkara yang perlu diatas hal kehidupan dunia. Dan cergas bagi menghilangkan apa perkara yang memberi mudarat. Maka jikalau dipanjangkan sembahyang itu dan dipanjangkan berdiri sembahyang itu nescaya jadilah gendala orang muda itu daripada mengerjakan apa-apa kewajipan yang dirumah dan lain-lainya. Dan ternanti-nantilah orang yang bertali-mali dengannya atas apa hal yang bersangkut dengannya. Sehingga boleh jadi mendatangkan mudarat seperti jatuh kebinasaan atau sakit atau sebagainya.
Dan lagi jikalau muda sekalipun entahkan didalam sembahyang itu tiba-tiba datang mau kencing dan berak. Maka jadilah keluh kesah dia didalam sembahyang dan tiada berhadap dia kepada sembahyang dan mendatangkan mudarat.
Maka dengan kerana beberapa sebab itu disuruh Nabi SAW cepatkan sembahyang itu oleh orang yang menjadi imam.

Bahrul Mazi Jilid 2
[SYEIKH IDRIS AL-MARBAWI]

Jumaat, 21 Oktober 2011

Kenali Para Isteri Baginda Nabi SAW

1))Khadijah Binti Khuwailid
2) Sa'udah Binti Zam'ah
3) Aisyah Binti Abu Bakar
4) Hafsah Binti Umar Al Khattab
5) Zainab Binti Khuzaimah
6) Ummu Salamah Hindun Binti Umayyah
7) Zainab Binti Jahsy
8) Juwairiyah Binti Al Haris
9) Shafiyyah Binti Huyaiy
10) Ummu Habibah Ramlah Binti Abu Sufyan
11) Maimunah Binti Al Haris

Anda Juga Mungkin Meminati: