Dalam masa sebulan lebih ni, memang semangat untuk berkebun menurun. Mana tidaknya aktiviti berkebun tidak dapat dijalankan kerana musim panas sedang melanda tanah bertuah Perlis ini (juga disebut musim timur). Tanah-tanah mula merekah dan setiap petang penyiraman pokok-pokok mesti dilakukan terutama yang masih 'baby'.
Musim kemarau pada kali ini bermula pada awal Januari dan masih berterusan sehingga sekarang bulan Febuari. Pada masa ini juga, pokok harumanis mengeluarkan banyak debunga-debunga yang harum mewangi.
Darjah kepanasan bulan Febuari turut bertambah dengan ketibaan musim PRU13. Bendera-bendera parti politik telah mula dinaikkan. Kemeriahan warna hijau, putih, biru dan merah dipasang dimerata-rata tempat. Antara yang menjadi mangsa adalah pokok-pokok kayu dan tiang elektrik.
Untunglah kepada sesiapa yang menanam atau tertanam pokok buluh. Musim ni boleh la buat pendapatan sampingan. Segala ceruk kampung, pergilah ke mana pun pasti perkara yang dibualkan tidak lari dari isu PRU. Dah tak lama dah......
Rupanya Perlis sudah masuk musim kemarau. Di Selangor ini hujan belaka. Ingin membasah dunia politik Malaysia yang akan hangat nanti agaknya.
BalasPadam