Sabtu, 21 April 2012

2 Pendekatan Yang Berbeza......



HIDUP hanya sekali
So, rebut dan nikmatilah apa yang ada didepan kamu sepuas-puasnya tanpa mengira batasan.

MATI hanya sekali,
Beramallah sebaik mungkin kerana setiap apa yang kamu lakukan akan menerima balasan di akhirat.

Persoalannya, yang mana satu pilihan kita????

Jumaat, 20 April 2012

Sebab Imam Ditegah Memanjangkan Solat Jemaah



Kerana bahawasanya ada di kalangan mereka (yang berjemaah) orang muda-muda. Maka orang muda itu adatnya ialah yang disuruh oleh keluarga dirumah daripada ibu ataupun saudara dan sebagainya untuk nak menyempurnakan hajat daripada mencari makanan ataupun cari ubat sakit demam ataupun nak ambil suatu benda yang jauh dan sebagainya.
Dan orang muda-muda itulah yang cergas menyempurnakan apa perkara yang perlu diatas hal kehidupan dunia. Dan cergas bagi menghilangkan apa perkara yang memberi mudarat. Maka jikalau dipanjangkan sembahyang itu dan dipanjangkan berdiri sembahyang itu nescaya jadilah gendala orang muda itu daripada mengerjakan apa-apa kewajipan yang dirumah dan lain-lainya. Dan ternanti-nantilah orang yang bertali-mali dengannya atas apa hal yang bersangkut dengannya. Sehingga boleh jadi mendatangkan mudarat seperti jatuh kebinasaan atau sakit atau sebagainya.
Dan lagi jikalau muda sekalipun entahkan didalam sembahyang itu tiba-tiba datang mau kencing dan berak. Maka jadilah keluh kesah dia didalam sembahyang dan tiada berhadap dia kepada sembahyang dan mendatangkan mudarat.
Maka dengan kerana beberapa sebab itu disuruh Nabi SAW cepatkan sembahyang itu oleh orang yang menjadi imam.

Bahrul Mazi Jilid 2
[SYEIKH IDRIS AL-MARBAWI]

Anda Juga Mungkin Meminati: