Khamis, 21 Februari 2013

Muqaddimah Kamus al-Marbawi



Bismillahirrahmanirrahim

Banyak2 puji kepada tuhan yang mengajar hambanya beberapa bahasa, dan rahmat dan sejahteranya keatas penghulu kita Muhammad SAW dan atas keluarganya dan sahabatnya sentiasa. 

Kemudian dari itu maka sebelum masuk mengarang kamus ini lebih dahulu menerangkan maksudku mengadakannya, ialah memajukan bangsaku melayu, sekiranya menuntut bahasa arab adalah kamus penyuluhnya yang diharap, mendapatkan pelajaran umpama nahu dan saraf.

Oleh itu, kuhabiskan wujudku, mentelaah kitab lughah arab yang besar2, cadanganku ke bahasa melayu hendakku kisar, tetapi tidaklah ku dapati, akan kitab yang memuaskan hati, seperti kitab cara baru, cara yang patut dengan zamannya, mudah faham bagi penuntutnya, banyak faedahnya, senang ambilnya, layak dengan bangsanya, segera dapat memetik buahnya.

Apalah hendak diucapkan, lain daripada kepada tuhan jua dipohonkan, taufik dan pertolongan yang dikekalkan, bagi mengadakan cita2 hati, walaupun bukanku itu ahlinya yang sejati, maka kupetiklah berpuluh ribu kalimah, bahasa arab ke melayu ku terjemah, daripada kitab2 yang aku mentelaahkan tadi menghabiskan himmah, Falhamdulillah dengan kurnia tuhan, tamatlah ia dengan nama <<Kamus Idris al-Marbawi>> yang pilihan.

Tambahan dari itu, aku rekai pula kaedah2 baru, kaedah yang patut dengan bangsaku, mudah pada fahamku, maka ingatlah ini kaedah dapatlah menggunakannya dengan mudah. Wabiilahittaufiq.

*suka aku membaca kalam muqaddimah Syeikh Idris al-Marbawi ini kerana dinukilkan nawaitunya yang ikhlas seiring dengan penggunaan gaya bahasa yang indah. Dengan melihat kepada muqaddimah sahaja, kita dapat mengagak apa sebenarnya perkara yang hendak dibincangkan oleh pengarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Juga Mungkin Meminati: