Sabtu, 31 Mei 2014

Ustaz Dato' Shamsuri Hj Ahmad



Malam ini saya ingin mencoretkan sedikit perihal al-Fadhil Ustaz Dato' Shamsuri Haji Ahmad sebagai tanda kasih dan sayang kami kepada beliau.

Beliau Ustaz Shamsuri bukanlah sesuatu yang asing bagi pendengar majlis ilmu di sekitar utara tanah air. Nama beliau sangat terkenal suatu ketika dahulu yang mana kaset-kaset ceramah beliau sangat laris terjual dan boleh dikatakan setiap rumah pasti ada menyimpannya. Kemunculannya pernah menjadi suatu fenomena pada ketika itu.

Sebenarnya kerjaya dakwah beliau juga tidak sepi dengan pelbagai kontroversi. Pernah terpalit dengan isu berceramah atas pentas Barisan Nasional pada PRK Indera Kayangan 2002 dulu (kalau tak silap) dan juga isu Restoran Nasi Kandar Pelita yang hangat diperkatakan. Namun begitu beliau telah memberikan penjelasan mengenainya. Saya tidak kisah mengenai semua itu kerana yang penting bagi saya adalah mengambil manfaat dari ilmunya.


Saya percaya, ramai sebenarnya berguru dengan beliau melalui kaset, VCD dan Youtube berbanding berhadapan secara terus. Termasuk juga saya. Hanya tiga kali sahaja saya berkesempatan mengikuti kuliah beliau iaitu di Masjid Sultanah Bahiyah dan Masjid al-Muttaqin. MasyaAllah cara penyampaian dan kandungan kuliah beliau sangat menarik minat saya. Beliau selalu menggunakan Kitab Bahrul Mazi karangan Syeikh Idris al-Marbawi. Sejak dari pertama kali dengar lagi saya sudah jatuh cinta pada kitab ini. Pada saya, beliau seoranglah sahaja ustaz yang berjaya mengupas kitab ini dengan begitu baik sekali. Sekali-sekala beliau selitkan kisah jenaka yang mencuitkan.

Tidak habis rasanya untuk menghurai personaliti ini. Saya syorkan supaya setiap dari kita mengikuti sendiri ceramah beliau. Seorang yang istiqamah, sederhana, bersahaja, dan berilmu! 




2 ulasan:

  1. Tremendous things here. I'm very satisfied to look your article.
    Thanks so much and I am having a look forward to contact you.
    Will you kindly drop me a mail?

    my blog; Joseph Plazo

    BalasPadam
  2. Bleh saya dapatkan no. Hp beliau....utk menjemput beliau memberikan ceramah di kawsan saya....bleh pm/call 013-3399443

    BalasPadam

Anda Juga Mungkin Meminati: