Isnin, 1 April 2013

Kilang Kopi Anggerek

Inilah pertama kali aku melihat bagaimana kopi diproses, walaupun sejak dari diploma lagi letih menghafal satu demi satu proses terlibat bermula dari kopi jambu sehingga terhasilnya serbuk kopi campuran.


Alhamdulillah, sekali lagi kami berpeluang mengikuti lawatan subjek TKP3001 ke Kilang Kopi Anggerek kepunyaan FAMA. Ia terletak di Kampung Kanchong Darat, Banting dalam daerah Kuala Langat, Selangor. Perusahaan kilang ini sebenarnya bermula lebih 30 tahun dahulu iaitu pada tahun 1974, dimana produk keluarannya ketika itu hanyalah serbuk kopi jenama Anggerek. Kini, kilang ini telah mempelbagaikan lagi jenis keluaran mereka lebih daripada 7 citarasa yang berbeza dan produknya menembusi sehingga pasaran Singapura, India, Korea dan China. 


Pasaran kopi Anggerek begitu terkenal di Sarawak berbanding Semenanjung. Di Sarawak ia lebih dikenali dengan nama 'Kopi Perintah'. Pada akhir tahun 80-an, Anggerek telah menguasai jenamanya di Sarawak. Pada masa kini, terdapat 3 jenis kopi Anggerek yang dihasilkan iaitu  kopi campuran jenama Anggerek, kopi pracampuran Anggerek dan Agromas, dan uncang kopi campuran Agromas. 


Biji kopi perlu dipanggang (roasting) terlebih dahulu sebelum dicampur dengan ramuan tambahan seperti gula, marjerin dan gandum. Sebab itulah ia dikenali sebagai kopi campuran. Sumber biji kopi Liberica an Robusta untuk kilang ini kebanyakannya diimport dari Indonesia disamping sebahagian kecil datangnya dari ladang sekitar Banting sendiri. 


Mesin pengisar biji kopi kepada bentuk serbuk

Tiga jejaka pilihan segak bergaya. Budaya mencatat tak lekang sama sekali.

Aspek kebersihan sangat dititikberatkan sebelum memasuki Unit Pembungkusan. Sebelum masuk, kami diwajibkan memakai penutup kepala. 

Juga memakai sarung kasut

Staf di Unit Pembungkusan memasukkan jumlah sachet tertentu ke dalam setiap pek.

Kemudian pek tersebut akan di'seal'kan disini


Seusai melawat kilang dan Unit Pembungkusan, kami mendengar pula taklimat yang disampaikan oleh Pengurus Kilang Anggerek, Tuan Hj Abd Moeen Abdul Wahid. Menurut beliau, operasi kilang ini melibatkan 26 orang staf. Ia juga turut menerima pelajar praktikal dan pekerja sambilan. Lawatan ini berakhir dengan sedikit jamuan ringan, dan yang paling mustahak dapat menikmati kehangatan aroma kopinya. Memang KAW KAW habaq hang kopi dia....

9 ulasan:

  1. bunyi macam sedap.. macam mana nak beli kopi ni? uiihhhh.. kaw kaw habaq hang tu tak hengat no.. tangkap lentok betui la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kih kih.....kata org tu promo kena lebih....kat hypermarket nampak lama dah ada....kalau nak murah lg terus je ke kilang....

      Padam
  2. haha.. tok, ley la copy sket utk report ahahaha - payid

    BalasPadam
  3. hahaha......ak x brapa dengar sangat penerangan dorng hari tu. sikit2 je yang ak tau

    BalasPadam
  4. snang la ada atok...bleh tgok ap2 info2 yg ttinggal- izah

    BalasPadam
  5. ok. report dah siap. tq atok. haha

    BalasPadam
  6. hahaha.....x da info sangat pun. gambar je lebih

    BalasPadam
  7. no telpn pjbat ada x ? Nk kol terus nk tnya hrga pr0duk lau dpt trus dri kilang ?

    BalasPadam
  8. saya memang suka beli kopi anggerek 2 in 1 instant coffee sugar free. macamana saya nak dapatkan stock di area johor bahru. kadang yang ada di mydin di nusajaya. tu pun tak banyak stock. kalau saya nak beli terus dari kilang macamana prosesnya. saya mohammad noor dari johor bahru. segala maklum balas boleh email kepada saya. mohdnoor69@gmail.com

    BalasPadam

Anda Juga Mungkin Meminati: