Memaparkan catatan dengan label Travel n Tours. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Travel n Tours. Papar semua catatan

Selasa, 15 Julai 2014

Kampung/Mukim Sekitar Jerantut

Praktikal2 juga, sambil tu tempat orang pun kena ambil tahu serba sedikit. Ini antara nama tempat-tempat sekitar daerah Jerantut. Daerah Jerantut sangatlah luas, tapi kebanyakannya adalah kawasan hutan simpan dan taman negara.

Batu Balai
Bukit Rang
Damak
Durian Hijau
Inderapura
Kampung Lada
Kampung Som
Kota Gelanggi
Kuala Tahan
Jerantut Feri
Lata Meraung
Lepar Utara
Matau
Padang Piol
Padang Saujana
Pedah
Perlok
Pulau Tawar
Pulau Mansok
Sungai Badak
Sungai Bakong
Sungai Jan
Sungai Kepong
Sungai Lekok
Sungai Retang
Sungai Salan
Sungai Tekam
Tembeling
Temin
Ulu Cheka

Rabu, 30 April 2014

Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak, Jerantut

Hampir empat bulan saya berpraktikal disini, sekarang baru sempat dan tergerak untuk memuatnaik pemandangan di sekitar stesyen penyelidikan ini atau dikenali dengan nama Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR), Jerantut, Pahang Darul Makmur.

PPPTR adalah sebuah kompleks yang mempunyai pelbagai agensi FELDA dibawahnya seperti FGV R&D Sdn. Bhd., Felda Agricultural Services Sdn. Bhd. (FASSB), Pejabat FELDA Wilayah Jengka, FELDA Residence Tekam dan FELDA Technoplant Sdn. Bhd..

Saya sekarang sedang menjalani latihan industri di Unit Biak Baka Sawit (UBBS), FGV R&D Sdn. Bhd. untuk tempoh enam bulan disini. Untuk makluman, PPPTR mempunyai pemandangan alam dan landskap yang sangat menarik! Gambar dibawah sekadar untuk perkongsian.


Pintu masuk utama ke PPPTR

Landskap air terjun mengalu-alukan kedatangan pelawat

Pejabat Pentadbiran FASSB

Kolam renang di Tekam Resort


Unit Biak Baka Sawit, tempat saya berpraktikal


Khamis, 12 September 2013

Setul dan Survival Melayu



Wilayah Setul atau Satun (สตูล) dalam ejaan bahasa Thai, dahulunya adalah sebahagian daripada empayar Kesultanan Kedah. Namun hasil dari 'kecerdikan' British dalam Perjanjian Bangkok 1909, wilayah Setul ini telah diserahkan kepada Siam.

Masa berlalu. Setul yang majoriti penduduknya adalah berbangsa Melayu-Islam masih lagi mengekalkan identiti mereka dalam beberapa aspek walaupun sedikit sebanyak telah diasimilasikan dengan budaya Siam. Misalnya, baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri satu kenduri walimah sanak-saudara disana.


Saya agak terkejut pada mulanya mendengar perbualan sesama mereka dalam bahasa Melayu! Sungguh tidak disangka kanak-kanak peringkat sekolah rendah (agaknya) juga bertutur bahasa yang sama. Mungkin ini yang diterapkan oleh ibubapa sedari awal dirumah supaya bahasa Melayu tidak terus ditelan zaman. Loghat bahasanya juga masih mengekalkan identiti utara. Mereka sangat ramah melayan tetamu dan bangga ada saudara datang dari Malaysia. Alangkah bagusnya jika Setul sebahagian dari kita. Senang untuk berhubung sesama sanak saudara.


Mereka juga masih mengekalkan makanan tradisional Melayu seperti ulam-ulaman, sambal belacan dan gulai kawah batang pisang. Tidak seperti trend majlis kenduri di Malaysia, mereka masih mengamalkan sistem angkat hidang untuk tetamu yang datang. Terasa sangat berselera. Kalau katering, malu nak tambah. Hehe.


Uniknya lagi, nasi dibekalkan dalam dua bungkusan plastik..


Jalan-jalan Khlong Hae


Pernah dengar Pasar Terapung Khlong Hae? 
Ia sebenarnya sebuah pasar menjual pelbagai jenis makanan unik. Menariknya, jualan tersebut dijalankan atas sampan di sepanjang tebingan sungai. Apabila berlaku urusniaga dengan pembeli, peniaga akan menghulurkan makanan dari dalam sampan dengan galah panjang.

Pintu sempadan Malaysia-Thai di Wang Kelian, Perlis.

Khlong Hae Floating Market terletak di Pekan Haadyai, dalam wilayah Songkhla. Untuk ke sana, cara yang paling mudah dan dekat ialah melalui Padang Besar. Selain itu, kita juga boleh masuk melalui pintu sempadan lain seperti Wang Kelian dan Bukit Kayu Hitam tetapi agak jauh. 


Pemandangan di sekitar Pasar Terapung Khlong Hae begitu menarik. Kelihatan ramai pelajar sekolah sekitar turut mengadakan lawatan disini. Pengunjung pasar ini boleh dikatakan didominasi oleh masyarakat Islam. Bahkan juga peniaga-peniaga disini majoritinya, hampir 80% adalah Muslim. Bermacam-macam jenis makanan unik dan enak dapat disaksikan, dijual dengan harga berpatutan..............





Tapi sebagai peringatan, anda perlu tukar dahulu duit kepada matawang Baht. Kerana mereka tidak akan sekali-kali menerima duit Ringgit yang sekarang ini lebih rendah daripada matawang mereka.

Anda Juga Mungkin Meminati: