Memaparkan catatan dengan label Terkenang Semasa Dulu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Terkenang Semasa Dulu. Papar semua catatan

Jumaat, 25 Oktober 2013

Senang Hidup

Kadang-kadang kita selalu memikirkan sesuatu perkara yang melampaui batas waktu dan zaman..

Persoalan-persoalan seperti esok apa nak makan? aku nak kerja apa? siapa jodoh aku? Bagaimana kehidupan aku 30 tahun lagi? Dan sebagainya....

Bukan tidak elok, bahkan kita disuruh merancang dan memikirkan setiap hal ehwal yang berlaku.

Yang penting minta supaya Allah lorongkan kita jalan yang terbaik.

Selesai....

Selasa, 8 Oktober 2013

Tempat Praktikal

Daripada survey rawak, kali ini aku dapati ramai rakan-rakan yang memilih untuk praktikal dalam sektor plantation.

Aku pula sudah semestinya bukan plantation. Sebab dulu waktu diploma aku dah merasa.....hahaha

Aku dah sampai disini

Dan pernah merasa 'nikmat' semua ini

Jadi tibalah masa untuk aku ke tempat lain pula.



Rabu, 20 Februari 2013

Chong Cit Tukang Jahit Misteri

Entah mengapa tiba-tiba teringat aku pada seorang apek tua ni. Dalam kegelapan malam sewaktu menunggang motorsikal balik dari makan di 'Padang', kenangan gelagat cina Chong Cit kembali menerjah dalam kotak memori. Dahulunya ketika zaman sekolah aku dan teman-teman sering juga berkunjung ke kedai beliau. Boleh dikatakan saban minggu pasti samada aku sendiri atau menemani rakan pergi untuk meng'alter' seluar. Maklumlah zaman itu zaman dimana budaya berkaki seluar kecil berleluasa. Kedai jahit Chong Cit terletak di dalam bazar lama bandar Kangar, sangat terkenal dalam kalangan pelajar sekolah tetapi penuh dengan kepelikan tersendiri.

Mana kan tidaknya, keadaan dalam kedai kayu itu sendiri menceritakan segala-galanya. Bermula dengan gulungan kain yang entah berapa lama tak terusik, jenis-jenis kain yang ketinggalan zaman dan banyak diselaputi sarang labah. Di dalam kedai yang agak gelap ini terdapat satu gunting antik yang besar. Nampak berkarat tetapi tajam masih digunakan oleh Chong Cit untuk memotong pakaian. Tak kan tak dak gunting lain kot Chong Cit oit. Nampak purba sangat. Hahaha.....

Pada diri Encik Chong Cit itu sendiri pun penuh dengan misteri. Selang masa 2 hingga 3 minit sekali beliau akan menyentakkan tangan ke peha lantas membetulkan untaian remoih yang beberapa helai itu. Hahaha. Satu lagi, jika dilihat pada cara renungan mata seolah-olah beliau mahu menerkam mangsa.

Namun yang istimewanya, jahitan beliau sememangnya kemas dan selesa dipakai. Inilah yang membuatkan pelanggan beliau sentiasa bertambah. Harganya juga berpatutan. Tetapi jangan terlalu sangat mengharap kerana barangkali seluar anda tidak dapat dipulangkan. Kadang-kadang ianya hilang dalam timbunan kain dan Chong Cit sendiri gagal mencari.......

Ahad, 16 Disember 2012

Just Remembering


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Di kala tengah malam buta ni, sambil-sambil buat assignment, aku buka fb untuk mengelakkan keboringan. Dalam dok scroll down tu jumpa satu gambar yang senior post-kan. Nampak gambar ni.......  



Mereka semua adalah pensyarah-pensyarah senior DPIM Arau. Yang pernah mengajarkan aku dan ramai ex-dpim suatu ketika dahulu. Terasa keberkatan bersama mereka......
Melihat wajah mereka sahaja, teringat kembali segala kenangan dan jasa yang telah mereka curahkan. Merekalah nadi kepada DPIM Arau......

Semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi mereka........


# Gambar dari kanan: En Yazid, Prof Malik, Prof Rashid, En Said, En Razak dan Prof Satar.

Sabtu, 6 Oktober 2012

Guru-Guru Yang Menyuluh Jalan

Mereka adalah guru-guru yang mulia. Daripada pengajaran mereka, banyak memberi kesan kepada diri aku. Bukannya aku bermaksud aku ni banyak ilmu, jauh sekali jika nak dibandingkan dengan mereka. Bagai langit dengan bumi!!

Aku amat menggemari style dan kaedah penyampaian mereka. Ada yang serius, bersemangat, juga ada yang kadang-kadang pandai menyelitkan kisah lawak jenaka dan ada juga yang santai ketika mengajar.

Sekurang-kurangnya peribadi mereka menyejukkan mata memandang dan mententeramkan jiwa. Mereka boleh dianggap sebagai murabbi yang mendidik umat. Aku sangat mengagumi ilmu dan akhlak mereka. Antara mereka yang pernah aku menadah ilmu secara bertentang mata ialah:

Tuan Guru Dato' Dr Haron Din
Ustaz Dato' Shamsuri Hj Ahmad
Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari
Ustaz Sidek Noor
Ustaz Hashim Jasin
Ustaz Abdul Rashid Abdul Rahman
Ustaz Ahmad Yahya
Ustaz Subri Arshad
Ustaz Yussainie Yahaya
Ustaz Mutalib Ma'arof
Ustaz Ahmad Adnan Fadhil
Ustaz Arpan Shaari
Ustaz Ahmad Abdul Rahman
Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman
Baba Khairul Anuar as-Syafie
Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden
dll....


Anda Juga Mungkin Meminati: