Memaparkan catatan dengan label Sembang KedaiKopi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sembang KedaiKopi. Papar semua catatan

Rabu, 20 November 2013

Makan Ayam

Baru lepas makan K_ _ _ _ _ _ _  Fried Chicken.


Selesai sahaja baru terfikir satu perkara. Apakah ayam tersebut disembelih? Sebab risau juga hidup di metropolitan ini, macam-macam boleh berlaku.

Okey, lebih baik aku husnuzzhon yang sembelih tu orang Islam. Tapi Islamnya bagaimana? Fasik-kah atau yang bertakwa?

Moga-moga setiap apa yang kita makan halalan toyyiban.

Patutlah mereka yang menjaga hati tidak membenarkan perkara yang syubhah dari mendarah daging.

Rabu, 9 Januari 2013

Sebulan Dua Ja

Di mana yang tak betulnya yang dikatakan amanat TGHH tu. Tak ada sapa pula yang menunjukkan mana satu perkataan yang tak betul. TGHH hanya mengatakan batas-batas akidah.

Empunya badan tak dipanggil. Fatwa pula bincang luar tajuk. Setakat nak jawab dalam youtube tu memang dah tak terjawab sangat dah. Takkan sejam penjelasan pun dah dikatakan memecahbelahkan masyarakat.

Yang sebenarnya PRU dah dekat. Untuk alihkan masalah negara yang berlambak, ungkit balik benda 31 tahun dulu. Lepas ni habis la. 5 tahun lagi ulang balik benda yang sama. Duit banyak bolehlah buat apa saja.......

Selasa, 11 September 2012

Supaya Tidak Rugi


Memang sesetengah individu melihat gelagat berhibur di Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Perdana Menteri sesuatu yang menarik kerana tiada pemimpin negara sebelum ini yang menari, menyanyi di khalayak ramai, dan menganggap beliau seorang pemimpin yang 'sempoi' dan cool.
Bagaimana seorang yang dikatakan pemimpin negara Islam berhibur sedemikian rupa? Saya rasa mungkin itu salah satu cara yang mungkin beliau fikir dapat merehatkan minda selepas penat bekerja menguruskan hal-hal negara.
Orang yang berilmu agama disekeliling beliau patut memberi nasihat dan menunjukkan cara berhibur yang dibenarkan kerana setiap orang mukmin itu adalah bersaudara dan saling menasihati.

Sabtu, 31 Mac 2012

InsyaAllah

Semalam aku bermimpi runtuhnya pemerintah yang telah berkuasa sekian lama

Sabtu, 24 Mac 2012

Ingatan Buat Pemimpin

Kepada mereka yang duduk di atas sana nuh, ingatlah akan tanggungjawab yang dipikul atas pundak kamu. Janganlah duduk bersenang lenang menikmati segala kemewahan dan keistimewaan atas nama jawatan kamu.
Kerana orang bawahan seperti kamilah mengangkat kamu berada diatas. Dan ingatlah setiap tugas adalah amanah dari Allah.

Anda Juga Mungkin Meminati: