Memaparkan catatan dengan label Buah-buahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buah-buahan. Papar semua catatan

Isnin, 3 Jun 2013

Chokanan Haji Basiron



Menurut pemiliknya, Tuan Haji Basiron, ladang mangga chokanan ini berkeluasan 5 ekar terletak di Kampung Gelam, Bukit Rambai, daerah Melaka Tengah. Tanah pusaka keluarga ini beliau usahakan kira-kira 10 tahun yang lalu. Modal untuk beliau bangunkan ladang ini datangnya dari pencen sebagai askar.


Hasil dari titik peluh beliau, ladang ini dapat mengeluarkan sebanyak 10 tan mangga chokanan semusim. Pasaran adalah pelbagai termasuklah melalui FAMA, peraih dan orang perseorangan. Jika diambil kira sekilo RM3.00, maka secara matematiknya beliau mampu mendapat pulangan mencecah  RM30, 000. Menurut Haji Basiron lagi, dengan hasil dari ladang inilah beliau dapat mengerjakan ibadah haji, tetapi dengan syarat kita hendaklah berniat dari awal, mengeluarkan zakat dan melazimi sedekah. 


Chokanan yang ladang ini keluarkan akan dipastikan berkualiti oleh Haji Basiron. Oleh itu, beliau akan memetik sendiri buah yang betul-betul matang dan mempunyai bentuk yang sempurna kerana kebanyakannya akan dieksport ke Singapura.


Disebabkan kebanyakan penduduk mengusahakan penanaman mangga chokanan, Kampung Gelam ini dijadikan produk agrotourism oleh kerajaan Melaka. Kalau anda ingin mencari mangga chokanan di Melaka, pastinya anda tidak berjumpa kerana nama ini sekarang dikenali sebagai 'MELAKA DELIGHT'.  




Sabtu, 16 Mac 2013

Bunga-Bunga Harapan

Hati kembali girang melihatkan mereka mula bersua bunga . Semoga mereka menunjukkan kebolehan 'sink strength' sehingga ke pembentukan buah.


Untuk makluman semua, saya sentiasa berbunga sepanjang tahun, tak seperti rakan-rakan saya yang lain yang berbunga ikut musim.


Baru sahaja dua bulan lepas berbuah. Kini berbunga lagi. Banyak pula tu. Tak penat ke kamu wahai pokok? No rest time. Inilah rezeki tanda kemurahan dan kekuasaan Allah.


Harumanis, sudah sedikit lewat untuk dibalut. Mungkin dah kena 'inject' dengan che lat. Tak apalah rezeki dia. Biasanya mangga akan berbunga dahulu berbanding yang lain. 


Entah sempat ke tidak hendak 'pakai baju' baru. Cempedak spesial berbanding yang lain kerana pakaiannya perlu tempahan khas. Made from coconut leaves.


Sangat unik cara dokong berbunga, jambak bunga berjuntai dari dahan dan ranting. (Tak pasti dokong@duku. Sebab masaknya dalam satu tangkai tidak seragam)


Si kecil yang masih bertatih ini juga tidak mahu ketinggalan menunjukkan kebolehannya, walaupun baru setinggi 1 meter setengah


Isnin, 29 Oktober 2012

D190:D159: D24:D99 vs D2

D190 (MDUR88)

Klon MDUR88 merupakan salah satu klon durian hibrid selain MDUR78 dan MDUR79. Klon-klon tersebut dihasilkan oleh MARDI. D190 ini terhasil dari program peningkatan kualiti dan hasil MDUR79. Kulit D190 berwarna hijau. 


D159 (Monthong/Bantai Mas)

Sepertimana dalam gambar yang saya ambil di atas, kulit durian D159 pada beberapa pokok memang berwarna kekuningan. Saya pun tidak pasti samada itu memang warna asalnya ataupun tidak. Durian klon ini banyak terdapat di kawasan utara Semenanjung kerana ia lebih tahan kepada iklim panas. Saya pernah tanam klon ini, tetapi mati kemudiannya. 

D24 (Bukit Merah)

Klon ini sangat terkenal di seluruh negara. Walaupun terdapat klon baharu seperti Musangking, D24 masih lagi mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan penggemar. Buahnya mempunyai duri yang tajam dan bersusun rapat. Buah bujur dan bersaiz agak besar. 

D99 (Kop Kecil@ Kancing Baju)

Buahnya sangat lebat jika hendak dibandingkan dengan saiz pokok yang kecil. Memang tidak padan. Tapi itulah kelebihan D99. Pokok berbuah lebat. Sebab itulah D99 sering dijadikan pokok induk (untuk dikacuk) dalam penghasilan beberapa klon baru, supaya sifat lebat dan rajin berbuahnya diturunkan kepada progeni. Buahnya kecil. 

D2 (Dato' Nina)

Buah durian D2 bulat membujur. Isinya bermutu tinggi dan berwarna ke-orengan. Saya pernah merasainya. Terbukti ia memang sedap dan lemak berkrim. Errmmmm.........sedaaaaap. Setakat ini bagi saya klon D2 adalah klon terbaik yang pernah saya rasa. Saya bagi 5 bintang ++. Tapi sayangnya orang jarang tanam klon ini kerana buahnya tidak lebat dan susah pula dibuka. Klon ini juga saya pernah tanam, tetapi mati juga akhirnya. (Maaf, gambar di atas kurang jelas kerana pokok tinggi).

Ahad, 21 Oktober 2012

Pendebungaan Durian


Bunga durian adalah nokturnal dan anthesis (berkembang) bermula pada waktu senja, mencapai kemuncak pada tengah malam dan berakhir pada waktu subuh. Debunga akan kehilangan upaya untuk bersenyawa menjelang keesokan harinya. Manakala stigma mencapai tahap puncak penerimaan debunga pada waktu malam sehinggalah awal pagi, kemudian menurun dengan mendadak ketika lewat pagi dan tengahari. Dalam keadaan semulajadi, durian didebungakan oleh agen pendebungaan nokturnal seperti kelawar kecil (Econycterus spalee dan Macroglossus minimus), lebah (Apis dorsata) dan beberapa spesis semut.

Sejurus selepas pendebungaan, seluruh struktur bunga akan gugur kecuali ovari dan filamen. Seterusnya ovari akan membesar manakala filamen menjadi kering dan buah akan terbentuk. Sebaliknya jika pendebungaan tidak berjaya, bunga akan gugur 7 hingga 10 hari selepas berkembang.  Buah durian matang 90-130 hari selepas anthesis.

#Sumber: Breeding Horticultural Crops@MARDI

Anda Juga Mungkin Meminati: