Alhamdulillah, pada 29 November 2012 sekali lagi kami diberi kesempatan untuk mengadakan lawatan untuk subjek Teknologi Pembenihan Ikan dan Pengurusan Fri. Kali ini kami berkunjung pula ke hatcheri milik individu persendirian. Hatcheri tersebut adalah kepunyaan En. See yang terletak di Rawang.
Hah, inilah taukehnya, En. See.
Sebenarnya, En. See atau nama penuhnya See Quar Har telah 30 tahun membuka hatcheri tersebut. Banyak spesis ikan air tawar dihasilkan disini termasuklah spesis ikan yang sukar untuk didapati di pasaran seperti temoleh, jelawat, tapah, kelah, tinggalan dan lain-lain. Pendek kata apa sahaja ikan yang mendapat permintaan pelanggan, hatcheri beliau akan hasilkannya.
Hatcheri yang serba ringkas tetapi produktif
Jika dibandingkan dengan hatcheri Jabatan Perikanan, hatcheri En. See adalah amat terhad dari segi tempat dan peralatan yang digunapakai. Pun begitu, beliau menggunakan segala sumber secara optimum untuk meningkatkan lagi jumlah pengeluaran anak benih ikan.
Banyaknya anak tilapia
Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan anak benih ikan, bolehlah datang sendiri ke hatcheri beliau yang beralamat (seperti dalam kad perniagaan beliau) iaitu Three Ocean Fish Pond & Trading Sdn.Bhd, Jalan Batu Arang, Sungai Bakau, Rawang, Selangor.
Patin albino
Temoleh
Patin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan