Banyak dasar dan polisi kerajaan yang aku tak setuju. Tapi banyak juga apa yang kerajaan buat aku setuju. Salah satunya yang aku sangat bersetuju adalah penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agrotourism Malaysia (MAHA). Mungkin kena dengan citarasa aku kot....hahaha. Ni siap nak tolong promosi lagi.
MAHA International 2012 akan berlangsung 3 hari lagi yang bakal diadakan selama 10 hari. Banner iklan dah pun beberapa hari nampak dipasang. Seingat aku kalau tak silap, ini MAHA yang ke-5 pernah dianjurkan. MAHA 2012 ini digabungkan sekali dengan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK). Butirannya adalah seperti berikut:
TARIKH : 23 November 2012 - 02 Disember 2012
MASA : 10 a.m hingga 10 p.m
TEMPAT : MAEPS Serdang, Selangor
Banyak banner yang digantung pada tiang lampu sepanjang jalan Persiaran MARDI-UPM
Salah satu banner disangkut dipagar
Persiapan jalan masuk utama giat dijalankan
Kalau dari UPM, belok kanan.......Mai jangan tak mai
insyaALLAH kalau larat leh pegi.. :D
BalasPadamx pegi, rugi....
BalasPadamsalam kenal ..
BalasPadamberminat jugak namun jauh tak dpt pegi...kalau tak blh tgk haiwan2 yg dilelong...
w'salam,
Padamselamat berkenalan juga....
Puan Ummuaidan skarang berada di Fiji kan? Oh, xpa...mesti bnyak blog2 dan website yang muatnaik aktiviti2 sepanjang MAHA berlangsung. Dapat jgak pantau dari jarak jauh...
Pasti pergi! Banyak brochure dan gambar yang patut diambil nanti.
BalasPadamNasib baik naik motorsikal. Yang pasti, ia akan sesak seperti tahun-tahun lepas.
Betul2, x sbr nk snap gambr.....untung la kta berdekatan dgn MAEPS, boleh ulang p bnyk kali.
BalasPadamMoh le kite..