Ahad, 9 Disember 2012

Mali2x, Ikan Manyak Mulahh Ooo....


Hadis Nabi ada menyebut tentang hak badan, mafhumnya "Sesungghnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap badan kamu". Maka dengan itu, bersempena dengan hujung minggu ini, aku pun menunaikan hak kepada badan untuk berjalan-jalan di sekitar Pasar Road, Kuala Lumpur. ~kih3x~ 

Apa benda yang menarik sangat di Pasar Road? Tak lain tak bukan adalah perniagaan ikan hiasan yang dijual di kiri dan kanan jalan. Harga ikan disini jauh lebih murah berbanding yang dijual di kedai ikan hiasan lain. Sebagai contoh, ikan jelawat diluar sana berharga RM4.00 seekor, tetapi di sini berharga RM1.00 je seekor. Fuhhhh..... 



Pasar Road sangat istimewa bagi penggemar ikan hiasan. Memang tidak asing lagi bagi mereka yang tinggal di sekitar KL ni. Bukan sekadar ikan sahaja, malah segala aksesori akuarium juga mudah didapati disini, dengan harga yang murah. 
Pasar ini dibuka setiap hari seawal jam 9 pagi sehingga 6 petang. Pertama kali sampai tadi (Wanli punya kerja lah ni), memang sangat mengujakan!!! Insyaallah, lain kali boleh datang lagi kalau ada kesempatan.

Aik, letak dalam besen je ikan emas ni?  

Semacam dengan kedai barang runcit

 Pokok kiambang pun ada jual, dan lain-lain pokok hiasan.

 Pelbagai aksesori akuarium seperti pam air dan makanan ikan ada tersedia.

Siap dibungkus, kebanyakan spesis yang sukar ada dalam pasaran

Deretan kedai-kedai yang menjadi tumpuan pengunjung



3 ulasan:

  1. Tak venture pun area ni..dulu2 beli lauk je. Di Pasar Pudu. Mcm2 ada kat sini.. Katak pun ada dijual di sini..he. .

    BalasPadam
  2. katak, cengkerik.....geng2 kaki pancing buat umpan kot. ntah2 apek tu buat goreng ke apa...belakang sana bnyk pasar cina

    BalasPadam
  3. Bole kasi lokasi dkt mne pasar nie.. Sye xbrpe thu lokasi

    BalasPadam

Anda Juga Mungkin Meminati: