Khamis, 6 Disember 2012

Betul ke Durian UPM Terbaik?

UPM berbangga dengan duriannya. Banyak kali sebelum ini UPM bilang durian dari ladang mereka adalah yang baik-baik sahaja. Hanya klon yang terbaik saja yang ditanam seperti D2 dan D24.

Tapi yang berlaku sebaliknya.

3-4 hari lepas aku beli durian di Pusat Jualan UPM. Punya lah mahal RM6.00 sekilo untuk gred A. Padahal semester lepas harga untuk gred yang sama hanyalah RM4.00 sekilo. Dalam masa sama di MAHA harga sekilo durian hanyalah RM5.00. Buah durian kat sana jauh lebih sedap dan manis.

Mereka langsung tidak mengasingkan durian yang elok dengan yang busuk. Dilonggokkannya pada satu tempat.  Dalam longgok itu semua buah ada. Buah yang pecah, yang kehitaman, rosak dan gred bercampur-campur.

Ada juga sama-sama durian yang aku beli tu D24. Tapi tak sama dengan D24 yang MAHA jual. Rasanya kurang manis dan sedikit mangkar.  Buah yang lain pun ada yang keras.

Bukannya nak kondem UPM, tapi dah tahu buah kurang baik, jual murah-murah sudahlah sama student. Barulah saranan TNC ini dapat dicapai.

2 ulasan:

  1. Setuju. Mungkin kerana dana untuk pengurusan ladang durian kurang. Jadi pokok durian pun kurang baja dan kurang diselanggara dengan baik.

    Tapi pelik juga kalau mereka naikkan harga. Mungkin sebab dah keluar kat surat khabar.

    BalasPadam
  2. Ini semua sebab populariti durian upm dah meningkat. selalu masuk surat khabar. Justeru diorang dah tak risau dengan masalah pembeli. Mungkin diorang ingat durian pasti habis punya.
    Jadi, diorang boleh naikkan harga lebih tinggi......
    (rasanya sebab TPU diarah berhempas pulas menjana pendapatan untuk UPM)

    BalasPadam

Anda Juga Mungkin Meminati: