بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Sudah lama menunggu ranting pokok mata kucing yang ditutkan mengeluarkan akar-akar kehidupan. Makan masa berbulan-bulan juga. Walaupun begitu, membiak pokok melalui kaedah tut (marcotting) sesuai bagi mereka yang kurang berkelapangan kerana proses penyemaian boleh dilambatkan dahulu sementara menunggu akar baru terbentuk.
Kerja-kerja pemindahan ke dalam polibeg semaian sempat dilakukan pagi tadi......
Ini adalah pokok induk mata kucing, lebih dikenali di kampung sebagai daun sepuluh dan juga mata kucing pingpong.
Tahu tak mengapa ianya dipanggil daun sepuluh? Cuba kira bilangan lai daunnya. Sepuluh kan?
Ranting yang telah berbulan ditut ini menunggu masa untuk dipotong
Terdapat 3 ranting yang sudah agak panjang. Akar sudah mulai tumbuh dalam gumpalan balutan tanah tersebut
Isikan plastik polibeg 1/3 penuh dahulu dengan topsoil. Lepas itu barulah masukkan ranting pokok (buang plastik balutan dan pastikan gumpalan tanah tidak pecah).
Isikan tanah sehingga penuh. Tanah perlu dimampatkan agar ranting lebih stabil dan tiada ruang udara.
Insyaallah kalau mula berpucuk nanti, jadilah kau habuan saudara-mara terdekat.......
bestnye saudara mara yang mana dapat tu nanti... :)
BalasPadamtengoklah siapa yg cepat dia dapat......
BalasPadamAgak-agak berapa tahun sebelum anak pokok tut itu boleh berbuah? Teringin juga tahu. Sebab setakat ini saya pernah tut pokok jambu. 2 tahun setengah mengikut apa yang saya pelajari.
BalasPadamWong, sebenarnya ni kali kedua saya buat tut pokok matakucing.
BalasPadamYang pertama dulu dah ditanam pokoknya, sedang dalam proses adaptasi dengan tanah dan baru mengeluarkan beberapa pucuk baru.....
Sebenarnya, pokok induknya dahulu saya beli pun adalah dibiakkan secara tut juga. Dalam masa setahun lebih tanam sudah mengeluarkan bunga(matakucing pingpong ini adalah jenis ringan dan rajin berbunga)
Oh begitu. Maklumat yang berguna. Terima kasih!
Padam