Khamis, 20 September 2012

Suntikan Ovaprim Baung


Ovaprim adalah hormon yang digunakan dalam teknik pembiakan aruhan ikan. Ia disuntik ke dalam badan induk jantan dan betina yang telah dipilih 8-12 jam sebelum pembiakan aruhan dilakukan. Antara spesies ikan yang biasa dilakukan ialah keli dan baung. Tetapi untuk sesetengah spesies ikan seperti baung, hormon ovaprim untuk induk betina perlu disuntik secara berperingkat kerana penghasilan telur mengambil masa yang agak lama.

Kadar ovaprim bagi induk jantan adalah 0.25 ml manakala induk betina adalah sebanyak 0.50 ml bagi setiap berat ikan. Contoh pengiraan ovaprim yang diperlukan adalah seperti berikut:

Berat induk jantan = 0.6kg
Kadar Ovaprim yang disyorkan (jantan) = 0.25 ml/ 1 kg ikan
Kadar Ovaprim yang diperlukan = 0.6kg x 0.25ml = 0.15 ml

Suntikan dilakukan pada bahagian tepi sirip sebelah atas.


Sila pegang ikan baung tu kuat-kuat, nanti ia menggelupur. Nak senang tutupkan mata ikan dengan kain. Condongkan picagari 45 darjah.

Selepas disuntik, asingkan diantara induk jantan dan betina. Ikan akan menjadi lebih 'agresif'.


Anda Juga Mungkin Meminati: