Khamis, 27 September 2012

Belajar Bahasa Asing


        


Tentu sekali ia akan mendatangkan kelebihan kepada sesiapa sahaja yang mempelajari bahasa asing (selain bahasa Melayu dan bahasa Inggeris). Kemahiran menguasai bahasa ketiga dapat memberi nilai tambah kepada individu terbabit.

Bahasa Thai merupakan salah satu bahasa yang agak menarik dan penting untuk dipelajari sehingga ianya ditawarkan di peringkat universiti.  Oleh yang demikian, saya tidak teragak-agak untuk mengikuti kelas asas bahasa Thai. Ditambah pula dengan sesetengah masyarakat sekitar Perlis berkomunikasi dalam bahasa siam, menyebabkan semangat saya semakin berkobar-kobar untuk belajar. Saya tidak rela ditipu hidup-hidup jika berhadapan dengan mereka. 


Sistem bahasa Thai sangat unik kerana mempunyai lebih daripada 40 konsonan, dan yang pastinya bentuk setiap konsonan begitu seni dan bersimpul-simpul. Juga kaedah penulisannya bersistematik. Dan yang lebih penting pensyarah yang mengajar (dipanggil khru) berperwatakan ceria dan lawa membuatkan kami tidak jemu, bertambah semangat untuk terus belajar.

Di dalam kelas asas kami diajar mengenal konsonan, cara menulis dan kaedah membaca bahasa Thai disamping berlatih berkomunikasi perbualan harian.

Anda Juga Mungkin Meminati: