Ahad, 9 September 2012

Selekeh Bukan Bererti Sengkek


 Dato' Dr Razak berbaju kuning (gambar sumber internet)

Walaupun hanya sekali bersua muka, pasti sesiapa pun akan kagum dengan personaliti ini. Beliau yang saya maksudkan ialah Dato’ Dr Abdul Razak Kechik, bekas Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL). Setelah bersara dari profesion kedoktoran, beliau menceburkan diri sepenuh masa dalam pelbagai aktiviti khidmat masyarakat. Maka dengan itu tidak hairanlah beberapa tahun yang lalu kerajaan telah menganugerahkan beliau Tokoh Maulidur Rasul peringkat kebangsaan.
Apa yang hendak saya kongsikan disini adalah sifat peribadi beliau yang wajar kita contohi. Saya berpeluang hanya sekali bersua muka dan berbicara dengan beliau dalam satu program. Pada asalnya saya tidak mengenali Dr. Razak, dan dikhabarkan beliau akan hadir ke situ.
Rupa-rupanya beliau telah bersama kami. Kelibat individu yang berbaju-T merah biru itu sebenarnya adalah Dr. Razak, yang mana sebelumnya saya sangka itu mungkin pekerja biasa. Sekali pandang tidak ubah seperti orang kampung sahaja.
Orangnya sangat bersahaja, tidak lekang dengan senyuman dan kurang bercakap.  Tetapi apabila diminta pendapat, beliau tidak lokek memberi ilmu dengan nada yang lembut dan suka berkongsi pengalaman. Walaupun memiliki kedudukan yang baik tetapi beliau tidak membesar diri. Kaya wang, kaya ilmu, kaya budi!

*Pangkat tinggi bukan tiket untuk bermegah

Anda Juga Mungkin Meminati: