Khamis, 27 September 2012

Belajar Bahasa Asing


        


Tentu sekali ia akan mendatangkan kelebihan kepada sesiapa sahaja yang mempelajari bahasa asing (selain bahasa Melayu dan bahasa Inggeris). Kemahiran menguasai bahasa ketiga dapat memberi nilai tambah kepada individu terbabit.

Bahasa Thai merupakan salah satu bahasa yang agak menarik dan penting untuk dipelajari sehingga ianya ditawarkan di peringkat universiti.  Oleh yang demikian, saya tidak teragak-agak untuk mengikuti kelas asas bahasa Thai. Ditambah pula dengan sesetengah masyarakat sekitar Perlis berkomunikasi dalam bahasa siam, menyebabkan semangat saya semakin berkobar-kobar untuk belajar. Saya tidak rela ditipu hidup-hidup jika berhadapan dengan mereka. 


Sistem bahasa Thai sangat unik kerana mempunyai lebih daripada 40 konsonan, dan yang pastinya bentuk setiap konsonan begitu seni dan bersimpul-simpul. Juga kaedah penulisannya bersistematik. Dan yang lebih penting pensyarah yang mengajar (dipanggil khru) berperwatakan ceria dan lawa membuatkan kami tidak jemu, bertambah semangat untuk terus belajar.

Di dalam kelas asas kami diajar mengenal konsonan, cara menulis dan kaedah membaca bahasa Thai disamping berlatih berkomunikasi perbualan harian.

Isnin, 24 September 2012

Buku: Breeding Horticultural Crops


Buah tangan ini saya beli di Mini Maha UPM. Jika beli di Kedai Buku Mardi, saya tidak mendapat potongan  diskaun. Di Mini Maha tersebut saya mendapat 10% kurang dari harga asal iaitu RM65.00.

Harap2 ia dapat menjadi seperti suntikan hormon yang dapat meng'induced'kan tindakan susulan. 
Sedari awal lagi saya mengidamkan buku ini. First time tengok kat Library Mardi Serdang. Memang interesting. 

For those yang berminat dalam penyelidikan penghasilan varieti/klon, buku ini perlu dijadikan bacaan wajib. 

Among the crops discovered in this book are banana, ciku, pamelo, durian, guava, jackfruit, mango, mangosteen, papaya, pineapple, rambutan, watermelon, chilli, orchids, cassava, coffee, sweetcorn and sweetpotato. 

Here I pick a quote by a famous tomato breeder, Charlie Ricks once said, "Plant breeding is like shooting a duck. One should aim in front of the head rather than at the body of the flying bird".

Now the exploration begins..........

Khamis, 20 September 2012

Suntikan Ovaprim Baung


Ovaprim adalah hormon yang digunakan dalam teknik pembiakan aruhan ikan. Ia disuntik ke dalam badan induk jantan dan betina yang telah dipilih 8-12 jam sebelum pembiakan aruhan dilakukan. Antara spesies ikan yang biasa dilakukan ialah keli dan baung. Tetapi untuk sesetengah spesies ikan seperti baung, hormon ovaprim untuk induk betina perlu disuntik secara berperingkat kerana penghasilan telur mengambil masa yang agak lama.

Kadar ovaprim bagi induk jantan adalah 0.25 ml manakala induk betina adalah sebanyak 0.50 ml bagi setiap berat ikan. Contoh pengiraan ovaprim yang diperlukan adalah seperti berikut:

Berat induk jantan = 0.6kg
Kadar Ovaprim yang disyorkan (jantan) = 0.25 ml/ 1 kg ikan
Kadar Ovaprim yang diperlukan = 0.6kg x 0.25ml = 0.15 ml

Suntikan dilakukan pada bahagian tepi sirip sebelah atas.


Sila pegang ikan baung tu kuat-kuat, nanti ia menggelupur. Nak senang tutupkan mata ikan dengan kain. Condongkan picagari 45 darjah.

Selepas disuntik, asingkan diantara induk jantan dan betina. Ikan akan menjadi lebih 'agresif'.


Rabu, 19 September 2012

Isnin, 17 September 2012

Kelas Ikan Yang Tidak Cukup Pelajar


Hanya 2 orang saja lagi diperlukan sebelum kelas Teknologi Pembenihan dan Pengurusan Fri ini ditutup kerana masalah kekurangan pelajar. Cepat2 ler daftar untuk mencukupkan minimum kuota 10 orang sepertimana yang disyaratkan oleh pihak Akademik.

Kelas ini memang sangat menarik. Rugi jikalau ditutup kerana tahun depan ianya tidak akan dibuka untuk pelajar BSP. Sudahlah ini pun kali pertama ia ditawarkan selepas 3 tahun. Memang boleh buat duit lah lepas ni.....

Keli afrika sebelum 'operation' dijalankan. Memang agak besar dan agresif.

 
Juga tilapia merah

Pegang berhati-hati. Sengat ikan keli boleh menyebabkan kancing gigi (tetanus)

Selasa, 11 September 2012

Supaya Tidak Rugi


Memang sesetengah individu melihat gelagat berhibur di Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Perdana Menteri sesuatu yang menarik kerana tiada pemimpin negara sebelum ini yang menari, menyanyi di khalayak ramai, dan menganggap beliau seorang pemimpin yang 'sempoi' dan cool.
Bagaimana seorang yang dikatakan pemimpin negara Islam berhibur sedemikian rupa? Saya rasa mungkin itu salah satu cara yang mungkin beliau fikir dapat merehatkan minda selepas penat bekerja menguruskan hal-hal negara.
Orang yang berilmu agama disekeliling beliau patut memberi nasihat dan menunjukkan cara berhibur yang dibenarkan kerana setiap orang mukmin itu adalah bersaudara dan saling menasihati.

Ahad, 9 September 2012

Selekeh Bukan Bererti Sengkek


 Dato' Dr Razak berbaju kuning (gambar sumber internet)

Walaupun hanya sekali bersua muka, pasti sesiapa pun akan kagum dengan personaliti ini. Beliau yang saya maksudkan ialah Dato’ Dr Abdul Razak Kechik, bekas Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL). Setelah bersara dari profesion kedoktoran, beliau menceburkan diri sepenuh masa dalam pelbagai aktiviti khidmat masyarakat. Maka dengan itu tidak hairanlah beberapa tahun yang lalu kerajaan telah menganugerahkan beliau Tokoh Maulidur Rasul peringkat kebangsaan.
Apa yang hendak saya kongsikan disini adalah sifat peribadi beliau yang wajar kita contohi. Saya berpeluang hanya sekali bersua muka dan berbicara dengan beliau dalam satu program. Pada asalnya saya tidak mengenali Dr. Razak, dan dikhabarkan beliau akan hadir ke situ.
Rupa-rupanya beliau telah bersama kami. Kelibat individu yang berbaju-T merah biru itu sebenarnya adalah Dr. Razak, yang mana sebelumnya saya sangka itu mungkin pekerja biasa. Sekali pandang tidak ubah seperti orang kampung sahaja.
Orangnya sangat bersahaja, tidak lekang dengan senyuman dan kurang bercakap.  Tetapi apabila diminta pendapat, beliau tidak lokek memberi ilmu dengan nada yang lembut dan suka berkongsi pengalaman. Walaupun memiliki kedudukan yang baik tetapi beliau tidak membesar diri. Kaya wang, kaya ilmu, kaya budi!

*Pangkat tinggi bukan tiket untuk bermegah

Set Lengkap Bahrul Mazi



Seperti yang dicitakan sebelum ini, tertunai juga akhirnya untuk saya memiliki set naskhah kitab Bahrul Mazi yang terkenal ini. Ianya dikarang oleh Allahyarham Syeikh Idris Al-Marbawi, seorang anak Melayu yang mana kebanyakan hidupnya dihabiskan di bumi Mesir.

Setelah saya meneliti beberapa lembaran kitab hadis ini, dapat disimpulkan bahawa Syeikh Idris Al-Marbawi merupakan seorang yang berfikiran jauh melampaui zamannya. Tulisan beliau 70 tahun dahulu ini  masih rasional sehingga ke hari ini.

Dengan pembelian kitab ini, saya berharap ianya dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Sekurang-kurangnya dengan pembelian kitab ini juga menampakkan bukti penggunaan wang biasiswa (secara berhemah) daripada terbuang ke lain-lain perkara yang tidak nampak.

# saya mendapat harga diskaun sebanyak RM10.00........

Tikar Getah Baru




Untuk bilik baru perlukan tikar baru. Barulah nampak baru. Sepagi mengemas bilik baru yang sudah macam tongkang pecah.
Akibat silap congakkan berapa meter yang diperlukan, maka bilik ini ada 2 corak tikar getah yang berlainan. Tapi menarik juga. Nampak variasinya. Tidak dapat menandingi Prof.Madya Salih Hj Ja'afar yang memang expert dalam bab congak-mencongak ni.
Kos pelaburan tikar getah kesemuanya RM47.00 (6.5 meter).

Sabtu, 8 September 2012

[Part2] Kawan-kawan di AYS

Kenangan bersama kawan-kawan di AYS sangat berharga. Antara mereka yang saya kenali sepanjang 5 tahun disana adalah:

  1. Ahmad Hambali Abidin, COT
  2. Mohd Badrul Syarif Zakaria, BAD
  3. Nurdzihar Bahari, YAN
  4. Nabil Fikri Ismail
  5. Ahmad Nasaie Abu, SAIE
  6. Mohd Nakhaie Abu, KAIE
  7. Mashafizy Hasri Mohd Zaki, IKAN
  8. Mohd Firdaus Mohd Isa, EKA
  9. Ahmad Farhan Ahmad Nizam, PAK AN
  10. Aznan Deris, NAN
  11. Azizul Hussein
  12. Khairil Anuar Othman, K.A
  13. Mohd Hazwan Ardzmi, PO
  14. Muhd Ridhuan Abdul Rashid, BAI
  15. Muhd Firdaus Fazim, TELOQ
  16. Ahmad Hadzlan Abdul Rashid, ALAN
  17. Mohd Husni Hamidi, BOB 1
  18. Mohd Aidil Mohd Nayan, MAT EDEL
  19. Mohd Adha Mohd Nayan, MAT DEHA
  20. Ahmad Nizamuddin Barudin, DIN
  21. Mohd Arif Ali, BLACK
  22. Mohd Ikhsan Ghazali, ESAN
  23. Helmi  Zainon, PIRUS
  24. Muhd Armin Johari, MAT AMIN
  25. Muhd Fauzan Irman Man Husin, POJAN
  26. Muhd Mustaqim Man Husin, DEK KIM
  27. Muhd Najeeb Man Husin, GEBONG
  28. Muhd Iqbal Naqib Mahadzir, AYAM
  29. Azrul Salleh
  30. Hakimi Salleh
  31. Ku Muhd Faisal Ku Ismail, PAK KU
  32. Mohd Amar Naim Abu,
  33. Muhd Afiq
  34. Muhd Saiful Amar Shaari, PEIN
  35. Mohd Fadzley Sanusi, BOB 2

Anda Juga Mungkin Meminati: