Manusia adalah makhluk yang diciptakan dengan pelbagai keunikan. Keunikan inilah membentuk kepelbagaian karekter tingkah laku kita. Walaubagaimanapun, setiap perbuatan itu mestilah tidak lari dari ketentuan yang ditetapkan Ilahi. Kita diberi pilihan samada mengikut jalan A atau jalan B .Tetapi ingatlah disana terdapat balasan atas setiap apa yang dilakukan.
Ujian kehidupan dunia ini tidak pula sedikit. Setiap dari kita diuji mengikut tahap kemampuan masing-masing, kerana iman setiap hamba dinilai samada tinggi atau rendah berdasarkan bagaimana ujian tersebut dihadapi. Berdoalah kepada Allah agar kita dijauhi dari ujian yang berat-berat. Sesetengah manusia berasa tidak adil kerana dia diuji dengan berat sedemikian rupa sedangkan orang lain tidak. Masalah adalah lumrah dalam kehidupan.
Ada orang yang meraung dan meratap apabila kematian orang tersayang. Ada pula yang merasa dipinggirkan apabila tidak dipedulikan sesiapa. Tidak kurang pula yang nekad dengan mengambil jalan mudah membunuh diri apabila berada dalam situasi tertekan yang amat sangat. Nauzubillah........Persoalannya, apakah itu semua tiada penyelesaian didalam agama kita? Adakah agama ini hanya ritual semata-mata? Jawapannya tidak sama sekali. Pakej yang dibawa oleh Islam adalah lengkap, tetapi disebabkan kejahilan mata hati kita jadi buta.
Kadang-kadang apabila kita dalam situasi sukar, kita lupa bahawa Allah itu ada. Mintalah pertolongan kepada-Nya kerana Dia Maha Mendengar dan amat dekat dengan kita dari urat leher.
YA ALLAH, BIMBINGLAH KAMI KERANA KAMI ADALAH HAMBAMU YANG LEMAH
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Anda Juga Mungkin Meminati:
-
Hampir empat bulan saya berpraktikal disini, sekarang baru sempat dan tergerak untuk memuatnaik pemandangan di sekitar stesyen penyelidikan...
-
D190 (MDUR88) Klon MDUR88 merupakan salah satu klon durian hibrid selain MDUR78 dan MDUR79. Klon-klon tersebut dihasilkan oleh MARDI. D...
-
Malam ini saya ingin mencoretkan sedikit perihal al-Fadhil Ustaz Dato' Shamsuri Haji Ahmad sebagai tanda kasih dan sayang kami kepad...
-
Padi kebal adalah padi yang tahan kepada racun imidazolinone, digunakan untuk mengawal padi angin. Ia berasal dari varieti padi MR220 y...
-
Inilah pertama kali aku melihat bagaimana kopi diproses, walaupun sejak dari diploma lagi letih menghafal satu demi satu proses terlibat ber...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan