Isnin, 28 Mei 2012

Bersihnya Hati Saudara

Baru-baru ini, aku diperkenalkan dengan seorang Chinese yang baru memeluk Islam. Saudara baru seagama yang baru meniti usia 2 bulan dalam Islam. Alhamdullilah.....

Namanya Tan dan dia masih mengekalkan nama asal tersebut. Sangat tertarik aku melihat pada raut wajahnya, dengan  tenang dan sinar jelas terpancar. Tan sangat peramah dan suka berkongsi cerita. Tan sering bertanyakan persoalan Islam kepada naqib kami, berkenaan dosa pahala dan juga syurga neraka.

Nampak dia sangat bimbang akan keluarganya yang belum Islam tercampak ke dalam neraka. Begitulah prihatinnya Tan kepada masalah agama. Sering kali terkeluar perkataan 'Astaghfirullahalazim' dari mulutnya walaupun tidak fasih mengungkap. Naskhah Al-Quran pula sentiasa ditangan.

Pernah Tan bercerita, dahulu ketika masih belum menerima hidayah dia sering tercari-cari di mana tuhan? Apabila melihat pada keindahan alam, Tan pasti tuhan itu ada tetapi tidak tahu dimana sehingga dia pernah menjerit "Oh God!! Where are you?"

Setiap saudara baru suci daripada dosa. Mereka seperti bayi baru dilahirkan.Terasa kerdilnya diri ini apabila membandingkan diriku yang sejak lahir menerima Islam. Sungguh hidayah itu milik Allah yang perlu sangat kita syukuri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Juga Mungkin Meminati: