Selasa, 28 Ogos 2012

[Part1] Asrama Yayasan Saad.......Pengenalan



Penubuhan
Apa itu Asrama Yayasan Saad? Pernahkah anda mendengarnya sebelum ini? Untuk pengetahuan semua, Asrama Yayasan Saad (AYS) merupakan sebuah institusi kebajikan milik badan bukan kerajaan yang berusaha sepenuhnya terhadap pengurusan anak-anak yatim. Ia terletak di Jalan Sekolah Derma, Kangar, Perlis iaitu berhampiran dengan SMK Derma. Penubuhan AYS ini dicetuskan oleh seorang tokoh korporat terkenal tanah air, iaitu Tan Sri Halim Saad yang merupakan anak jati Perlis. Ianya ditubuhkan pada tahun 1996 dan sekarang telah berusia 16 tahun. Nama AYS ini diambil sempena nama ayah kepada Tan Sri Halim. Asrama Yayasan Saad adalah sebuah institusi yang berbeza dengan Kolej Yayasan Saad, Melaka walaupun ianya diasaskan oleh individu yang sama.

Peranan

AYS adalah sebuah asrama yang menempatkan anak-anak yatim yang kurang berkemampuan. Bertanggungjawab dalam membantu dan menyediakan kemudahan pelajaran kepada mereka disamping tidak melupakan peranan dalam menyemai nilai-nilai murni dan membentuk sahsiah peribadi mereka yang unggul. Menyediakan tempat penginapan yang selesa kepada para pelajar samada di peringkat rendah atau menengah. Segala kos pembelajaran akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak asrama termasuk juga makan dan minum. Penghuni AYS kebanyakannya adalah anak-anak Perlis dan sebahagian kecil daripadanya berasal dari luar negeri Perlis. Setiap hari para pelajar akan dihantar ke sekolah masing-masing yang terletak di sekitar Bandar Kangar dan Arau. Bagi sekolah yang berada berdekatan dengan asrama, para pelajar akan berbasikal sendiri ke sekolah masing-masing.

Kemudahan Fasiliti

Asrama Yayasan Saad menyediakan kemudahan asrama yang terdiri daripada asrama pelajar lelaki (Aspura) dan juga asrama pelajar perempuan (Aspuri). Kedua-dua blok bangunan asrama pelajar berkembar ini membentuk sebuah kompleks asrama 2 tingkat yang dibawahnya mengandungi Pejabat Pentadbiran, Dewan Makan, Rumah Waden, Bilik Bacaan dan tandas. Sebuah surau yang sederhana besar terletak di bahagian hadapan berhampiran pintu masuk utama.
Basikal disediakan untuk memudahkan pelajar ke sekolah, dan juga sebuah van. Prasarana bersukan turut disediakan seperti padang bola sepak, gelanggang badminton dan bola jaring serta peralatan pingpong.

TAMAT BAHAGIAN 1........

Sabtu, 23 Jun 2012

SeLeSAi

Alhamdulillah....akhirnya tamat sudah peperiksaan akhir untuk semester ini. Syukur pada Allah walaupun keputusan tidak tahu lagi bagaimana. Panjang umur murah rezeki berjumpa lagi di semester hadapan yang akan membuka tirai pada bulan September.

Mahu mengemas barang pulak. Sebab esok dah nak balik kampung. Moga perjalanan dipermudahkan.

"SELAMAT BERCUTI BERSAMA KELUARGA"

Khamis, 21 Jun 2012

Nak Beli Bahrul Mazi

Kitab Bahrul Mazi ni 1 set ada 11buku (22 jilid). Ada 2 versi, jawi dan rumi. Versi jawi dia jual 1 set sekali gus, tp versi rumi ada jual satu2.......

VERSI JAWI 

Aku dah survey beberapa tempat. Kat Pustaka Darussalam, Alor Setar aku pm admin fb, dia habaq RM250 satu set. Di kedai Kassim Book Store, Kangar dia letak RM250 jugak, tp selepas mintak kurang turun RM10. Jadila RM240. Satu lagi aku pi tanya Galeri Buku Syabab, Bandar Baru Bangi harga dia lagi mahai, RM270.

Maka, cuti sem ni aku nak p serbu kedai Kassim Book Store la jawab dia....dekat dan murah!

Hang dah prepare cukup dah ka hah???

Exam dah nak abis. Lagi 3 hari. 1 hari 1 paper. Jumlah semua lagi 3 paper. Tapi aku pun heran pasai apa mood study tu momentum dia x setara mana. Haish....apa nak jadi laa.

Bahasa Thai 21/6
Mekanisasi Pertanian 22/6
Tanaman Makanan 23/6

Ahad, 17 Jun 2012

Doa Kepada Sahabat

Oleh Mr Nobody: 17/6/12@1 pagi

Bukanlah tujuan aku bersahabat untuk mendapat habuan
Aku bersahabat untuk berkongsi suka duka kehidupan
Menambahkan pengetahuan pada diri
Dan sama-sama berpesan pada kebaikan

Aku bukanlah alim pada ilmu sahabatan
Yang dapat puaskan hati segala pihak
Terkadang ada perlakuan tanpa sedari
Tentu yang disana akan terkesan

Aku bersyukur
Dikurniakan sahabat seperti mereka
Walau bilangan itu sedikit

Seorang sahabat sejati
Berbicara denganku tulus dari hati
Tiada perasaan cemburu yang membunuh naluri
Kehadirannya sentiasa dinanti
Sungguh dengannya dapat mengisi  

Tiadalah apa yang aku harapkan
Melainkan kebaikan pada mereka
Akrab persahabatan ini
Bukan semata pada acap bersua-muka
Doa diutus tanda ingatan

Dapat aku merasai kemanisan itu
Moga berkekalan persahabatan kita
Hingga dipertemukan lagi disana 
Bawah payung Ilahi

Anda Juga Mungkin Meminati: