Selasa, 28 Ogos 2012

[Part1] Asrama Yayasan Saad.......Pengenalan



Penubuhan
Apa itu Asrama Yayasan Saad? Pernahkah anda mendengarnya sebelum ini? Untuk pengetahuan semua, Asrama Yayasan Saad (AYS) merupakan sebuah institusi kebajikan milik badan bukan kerajaan yang berusaha sepenuhnya terhadap pengurusan anak-anak yatim. Ia terletak di Jalan Sekolah Derma, Kangar, Perlis iaitu berhampiran dengan SMK Derma. Penubuhan AYS ini dicetuskan oleh seorang tokoh korporat terkenal tanah air, iaitu Tan Sri Halim Saad yang merupakan anak jati Perlis. Ianya ditubuhkan pada tahun 1996 dan sekarang telah berusia 16 tahun. Nama AYS ini diambil sempena nama ayah kepada Tan Sri Halim. Asrama Yayasan Saad adalah sebuah institusi yang berbeza dengan Kolej Yayasan Saad, Melaka walaupun ianya diasaskan oleh individu yang sama.

Peranan

AYS adalah sebuah asrama yang menempatkan anak-anak yatim yang kurang berkemampuan. Bertanggungjawab dalam membantu dan menyediakan kemudahan pelajaran kepada mereka disamping tidak melupakan peranan dalam menyemai nilai-nilai murni dan membentuk sahsiah peribadi mereka yang unggul. Menyediakan tempat penginapan yang selesa kepada para pelajar samada di peringkat rendah atau menengah. Segala kos pembelajaran akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak asrama termasuk juga makan dan minum. Penghuni AYS kebanyakannya adalah anak-anak Perlis dan sebahagian kecil daripadanya berasal dari luar negeri Perlis. Setiap hari para pelajar akan dihantar ke sekolah masing-masing yang terletak di sekitar Bandar Kangar dan Arau. Bagi sekolah yang berada berdekatan dengan asrama, para pelajar akan berbasikal sendiri ke sekolah masing-masing.

Kemudahan Fasiliti

Asrama Yayasan Saad menyediakan kemudahan asrama yang terdiri daripada asrama pelajar lelaki (Aspura) dan juga asrama pelajar perempuan (Aspuri). Kedua-dua blok bangunan asrama pelajar berkembar ini membentuk sebuah kompleks asrama 2 tingkat yang dibawahnya mengandungi Pejabat Pentadbiran, Dewan Makan, Rumah Waden, Bilik Bacaan dan tandas. Sebuah surau yang sederhana besar terletak di bahagian hadapan berhampiran pintu masuk utama.
Basikal disediakan untuk memudahkan pelajar ke sekolah, dan juga sebuah van. Prasarana bersukan turut disediakan seperti padang bola sepak, gelanggang badminton dan bola jaring serta peralatan pingpong.

TAMAT BAHAGIAN 1........

Anda Juga Mungkin Meminati: