Isnin, 25 November 2013

Taklimat Pengembangan Padi Kebal


Pada Musim Utama 2013/2014 kali ini, para petani di sekitar Segantang Garam, Merbok, Kedah telah sebulat suara untuk menggunakan benih padi kebal MR 220 CL2 bagi menangani masalah padi angin (weedy rice). Kejadian padi angin pada musim lepas amat membimbangkan mereka.


Memandangkan majoriti petani adalah pertama kali menggunakan padi kebal, maka pada hari Sabtu 12 September 2013 bersamaan 07 Zulhijjah 1434H yang lalu telah diadakan satu sesi taklimat berkaitan pengurusan padi kebal. Sebagai penganjur program, kami menjemput Encik Rizan Azmi, pegawai dari syarikat Brightonmax International Sdn. Bhd. untuk menyampaikan penerangan lanjut tentang penggunaan padi kebal.




Taklimat yang diadakan di Dewan Serbaguna, Chalet Terapung Segantang Garam itu dihadiri kira-kira sekitar 20 orang penduduk setempat. Program bersama ini diatur oleh UPM dan mendapat kerjasama Ketua Unit Segantang Garam, Pak Ngah Mey. Antara perkara yang disentuh oleh penceramah ialah jadual dan kadar meracun serta penyelenggaraan tanaman. Majlis berakhir dengan sesi soal jawab dan sedikit jamuan ringan. 



Semoga usaha yang sedikit ini dapat dimanfaatkan dan mendapat keredhaan Ilahi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Juga Mungkin Meminati: