Selasa, 19 Mac 2013

Melawat Fertigasi Rock Melon

Alhamdulillah, tadi hampir seharian berada di Kampung Perepat, Kapar sempena lawatan ilmiah bagi subjek Teknologi Pertanian Moden. Tujuan kami ke sana untuk melihat dan mempelajari teknologi penanaman tembikai batu a.k.a rock melon yang diusahakan oleh Encik Hamid b Yahya. 

Pun begitu, lawatan yang tanpa dijangka ini diraikan oleh Datuk Abdul Rahman Palil, Adun Sementa yang hadir atas kapasiti sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Kapar. 


Pengurus PPK Klang, En. Sulaiman memberi kata-kata aluan sambil diperhatikan oleh Pengerusi PPK Klang, Tuan Hj Md Wahidon Taha (mesra dipanggil atok)


Datuk Abdul Rahman Palil menceritakan serba sedikit mengenai kisah di sebalik membangunkan tanah pertanian di situ. Turut kelihatan pensyarah kami, Dr. Farrah Melissa Muharam.

Pelajar bergambar tanda kenangan

'Bunga-bunga kembang' rock melon

Ini dia usahawantani kita, En. Hamid. Beliaulah yang beria-ia mahu menerima lawatan kami. Kesudian beliau berkongsi ilmu mengenai teknologi dan pengurusan ladang sangat kami hargai. Tidak lupa atas susah payah beliau menyediakan makanan tengahari kepada ahli rombongan. 

Sesi penerangan terus di ladang. 


Sebenarnya, keluasan tanaman rock melon disini ialah 11 ekar, yang masing-masing dianugerahkan kepada 11 lot usahawantani. 1 ekar mampu memuatkan 3,000 hingga 4,000 jumlah polibeg. Projek ini dipantau oleh PPK Klang. Pasaran sememangnya tidak menjadi masalah kerana para peserta mengikat perjanjian melalui Ladang Kontrak dengan pihak FAMA. 

Teringin pulak nak jadi usahawan ROCK MELON.........................



1 ulasan:

Anda Juga Mungkin Meminati: