Sabtu, 30 Mac 2013

Biji Benih Anugerah Allah


Boleh dikatakan kebanyakan tumbuhan samada tanaman atau tumbuhan liar membiak melalui sumber asas biji benih. Daripada benih yang sekecil itulah boleh menghasilkan pokok sebesar-besar pokok meranti. Maha Suci Allah yang menjadikan sesuatu seumpama biji benih. Walaupun kecil, cukup baginya untuk tumbuh, dibantu oleh endosperm yang menjadi sumber makanan di awal pertumbuhan . Setiap biji benih diliputi oleh testa atau lapisan kulit biji yang memastikan keselamatannya sehingga bertemu keadaan yang sesuai untuknya bercambah dan memulakan kehidupan baru.

Pergi  ia beribu-ribu kilometer tersebar jauh dari induknya, melalui berbagai agen sebaran umpama angin dan air. Sehingga sampai kepada kita, lantas mendapat manfaat yang amat banyak daripadanya dan menampung keperluan hidup manusia.

Rabu, 27 Mac 2013

Kepupusan Tulisan Jawi


Menurut kata Profesor Dr Hashim Musa,

Sebab utama merosotnya tulisan jawi adalah disebabkan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 yang mengiktiraf tulisan rumi sebagai tulisan rasmi bagi bahasa Melayu.
Nah! Sekarang siapakah yang mahu disalahkan? Siapa lagi kalau bukan kerajaan.

Mari kita lihat sejarah tulisan jawi:

1. Warkah Melayu jawi tertua: Surat Sultan Abu Hayat Ternate kepada Raja Portugal (1521M).
2. Kitab Melayu jawi tertua: Aqa'id al-Nasafi (1590M)
3. Akhbar Melayu jawi tertua: Alamat Langkapuri (1869)


Ahad, 24 Mac 2013

Hang Boleh!!


Dia masih seperti dulu,
seorang yang aku kenal,
Meraikan kawan.

Dalam menggapai prinsip,
Kerja buatnya dipaksakan
Atas segala kudrat yang termampu,

Dia orang baik,
Tak sepatutnya tempuh jalan diambil,
Bukan jalan yang sesuai untuknya,
Moga jalan yang dia inginkan segera terhampar.

Sahabat,
Tersentuhku melihat caramu,
Inginku berbuat sesuatu,
Yang dapat membebaskan kamu dari belenggu.

Aku tahu kebolehanmu itu,
Menghadapi segala mehnah hidup,
Bertekun dan sabarlah atas jalan kebenaran,
Yang pasti ia kehendak Maha Esa,
Menguji hamba atas rahmat kasihnya,
Percayalah cahaya ada di hujung sana,
Terang akan menyinar akhirnya.

Selasa, 19 Mac 2013

Melawat Fertigasi Rock Melon

Alhamdulillah, tadi hampir seharian berada di Kampung Perepat, Kapar sempena lawatan ilmiah bagi subjek Teknologi Pertanian Moden. Tujuan kami ke sana untuk melihat dan mempelajari teknologi penanaman tembikai batu a.k.a rock melon yang diusahakan oleh Encik Hamid b Yahya. 

Pun begitu, lawatan yang tanpa dijangka ini diraikan oleh Datuk Abdul Rahman Palil, Adun Sementa yang hadir atas kapasiti sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Kapar. 


Pengurus PPK Klang, En. Sulaiman memberi kata-kata aluan sambil diperhatikan oleh Pengerusi PPK Klang, Tuan Hj Md Wahidon Taha (mesra dipanggil atok)


Datuk Abdul Rahman Palil menceritakan serba sedikit mengenai kisah di sebalik membangunkan tanah pertanian di situ. Turut kelihatan pensyarah kami, Dr. Farrah Melissa Muharam.

Pelajar bergambar tanda kenangan

'Bunga-bunga kembang' rock melon

Ini dia usahawantani kita, En. Hamid. Beliaulah yang beria-ia mahu menerima lawatan kami. Kesudian beliau berkongsi ilmu mengenai teknologi dan pengurusan ladang sangat kami hargai. Tidak lupa atas susah payah beliau menyediakan makanan tengahari kepada ahli rombongan. 

Sesi penerangan terus di ladang. 


Sebenarnya, keluasan tanaman rock melon disini ialah 11 ekar, yang masing-masing dianugerahkan kepada 11 lot usahawantani. 1 ekar mampu memuatkan 3,000 hingga 4,000 jumlah polibeg. Projek ini dipantau oleh PPK Klang. Pasaran sememangnya tidak menjadi masalah kerana para peserta mengikat perjanjian melalui Ladang Kontrak dengan pihak FAMA. 

Teringin pulak nak jadi usahawan ROCK MELON.........................



Sabtu, 16 Mac 2013

Bunga-Bunga Harapan

Hati kembali girang melihatkan mereka mula bersua bunga . Semoga mereka menunjukkan kebolehan 'sink strength' sehingga ke pembentukan buah.


Untuk makluman semua, saya sentiasa berbunga sepanjang tahun, tak seperti rakan-rakan saya yang lain yang berbunga ikut musim.


Baru sahaja dua bulan lepas berbuah. Kini berbunga lagi. Banyak pula tu. Tak penat ke kamu wahai pokok? No rest time. Inilah rezeki tanda kemurahan dan kekuasaan Allah.


Harumanis, sudah sedikit lewat untuk dibalut. Mungkin dah kena 'inject' dengan che lat. Tak apalah rezeki dia. Biasanya mangga akan berbunga dahulu berbanding yang lain. 


Entah sempat ke tidak hendak 'pakai baju' baru. Cempedak spesial berbanding yang lain kerana pakaiannya perlu tempahan khas. Made from coconut leaves.


Sangat unik cara dokong berbunga, jambak bunga berjuntai dari dahan dan ranting. (Tak pasti dokong@duku. Sebab masaknya dalam satu tangkai tidak seragam)


Si kecil yang masih bertatih ini juga tidak mahu ketinggalan menunjukkan kebolehannya, walaupun baru setinggi 1 meter setengah


Isnin, 11 Mac 2013

Propagandis Zaman



Tuan Haji Subky 

Semalam sempat pergi shopping menghabiskan baucer buku. Mula-mula ke MPH Alamanda. Memang terus ke sana sebab disitu sahaja yang aku tahu ada stok buku Propagandis Zaman. Di Alamanda habis RM100, lagi RM100 aku perabis di Galeri Buku Syabab, PKNS Bangi. 

Memang seronok membaca tulisan Tuan Haji Subky Latif. Gaya bahasa beliau santai dan bersahaja. Propagandis Zaman adalah siri lanjutan kisah memoir kewartawanan beliau yang lalu berjudul Anak Apak. 

Tapi banyak typing error terjadi dalam beberapa buku beliau siri keluaran yang lepas. Harap-harap buku terbaru beliau ini tiada, atau paling tidaknya kesalahan serupa dapat di minimumkan.

Tak sabar rasanya nak khatam PROPAGANDIS ZAMAN.........

Anda Juga Mungkin Meminati: