Isnin, 30 Disember 2013

Breeders Plan Work


Below are the prerequisite works before somebody can be called as a breeder, as short listed by Dr Abdul Rahman Milan of MARDI:

  1. Germplasm collection & conservation
  2. Selection of parents
  3. Reproductive biology
  4. Hybridization
  5. Selection & evaluation
  6. Genotype x Environment study
  7. Large scale evaluation
  8. Released
AWESOME!!!

Ahad, 15 Disember 2013

Perkahwinan Syeikh Idris al-Marbawi

Syeikh Idris al-Marbawi melangsungkan perkahwinan pertama beliau pada tahun 1923 dengan seorang gadis yang berasal dari Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar iaitu Khadijah bt Muhammad Adham. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan 10 orang anak, tetapi kesemuanya meninggal dunia ketika kecil kecuali seorang iaitu Datin Hajjah Mariam bt Syeikh Idris al-Marbawi.

Gambar perkahwinan al-Marbawi dengan Khadijah


Pada 1960, semasa berada di Mesir, al-Marbawi berkahwin buat kali kedua dengan seorang gadis Mesir yang merupakan adik sahabatnya. Selepas kematian isteri keduanya, sekali lagi al-Marbawi melangsungkan perkahwinan  pada tahun 1972 dengan Munirah bt Abdul Wahhab, seorang janda beranak dua dan perkahwinan ini kekal hinggalah akhir hayat beliau.

al-Marbawi bersama isteri (tak pasti isteri pertama atau ketiga)

#Sumber gambar dan rujukan dari buku Mohamed Idris al-Marbawi Penulis Karya Agung Bahr-Al-Madhi karya Dr. Faisal Ahmad Shah.

Isnin, 9 Disember 2013

Aku Berlepas Diri

Jadilah seperti kelulut, menghasilkan madu dan calon penghuni syurga (sekadar gambar hiasan)


Memang panas telinga betul dengar macam-macam benda yang dia hamburkan pasal tuan guru. Kononnya semasa memerintah negeri K_ _ _ _ _ _ N, tuan guru pernah sapu tanah berkekar-ekarlah, pakai kroni, buat-buat alim pakai serban dan ada lagi yang tak sanggup aku tulis disini.

Aku sedikit pun tidak meredhai setiap pendustaan terhadap tuan guru. Aku memohon kepada Allah supaya aku dan dia diampunkan dosa dan diberi petunjuk kejalan yang benar. 

Moga dengan sedikit coretan ini, aku berlepas diri dari segala fitnah tersebut. Kerana setiap manusia akan di bangkitkan diakhirat nanti bersama pemimpin mereka di dunia. Jika baik seseorang pemimpin itu, nescaya mudahlah urusan kita seterusnya. Sebaliknya, pemimpin yang zalim akan dibangkitkan bersama pengikut mereka. Dan aku mahu dibangkitkan dengan mereka dari golongan pertama.

    

Anda Juga Mungkin Meminati: