Isnin, 25 November 2013

Taklimat Pengembangan Padi Kebal


Pada Musim Utama 2013/2014 kali ini, para petani di sekitar Segantang Garam, Merbok, Kedah telah sebulat suara untuk menggunakan benih padi kebal MR 220 CL2 bagi menangani masalah padi angin (weedy rice). Kejadian padi angin pada musim lepas amat membimbangkan mereka.


Memandangkan majoriti petani adalah pertama kali menggunakan padi kebal, maka pada hari Sabtu 12 September 2013 bersamaan 07 Zulhijjah 1434H yang lalu telah diadakan satu sesi taklimat berkaitan pengurusan padi kebal. Sebagai penganjur program, kami menjemput Encik Rizan Azmi, pegawai dari syarikat Brightonmax International Sdn. Bhd. untuk menyampaikan penerangan lanjut tentang penggunaan padi kebal.




Taklimat yang diadakan di Dewan Serbaguna, Chalet Terapung Segantang Garam itu dihadiri kira-kira sekitar 20 orang penduduk setempat. Program bersama ini diatur oleh UPM dan mendapat kerjasama Ketua Unit Segantang Garam, Pak Ngah Mey. Antara perkara yang disentuh oleh penceramah ialah jadual dan kadar meracun serta penyelenggaraan tanaman. Majlis berakhir dengan sesi soal jawab dan sedikit jamuan ringan. 



Semoga usaha yang sedikit ini dapat dimanfaatkan dan mendapat keredhaan Ilahi.

Jumaat, 22 November 2013

Mufti Ismail Menk di UPM


Khutbah dan solat Jumaat di Masjid UPM pada hari ini disempurnakan oleh Mufti Zimbabwe, Mufti Ismail Menk. Terima kasih kepada pihak yang mengaturkan program khutbah beliau di sini.

Subhanallah, khutbah yang sebelumnya terasa agak 'layu' (maaf cakap),  kembali bertenaga dengan penyampaian Mufti Menk. Tajuk khutbah hari ini ialah "Truthfulness". Boleh lihat di sini.

Antara perkara yang disampaikan beliau adalah:

-Sentiasa berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW
-Amanah pada diri sendiri
-Peranan ibubapa dalam mendidik anak-anak mengikut acuan Islam

Dan dikhabarkan jua esok program beliau di PWTC

Rabu, 20 November 2013

Baru Faham


" نضّر الله امرءا سمع مقالتي فوعاها فأداها كما سمعها"

Hadis di atas dijadikan 'headline' oleh Syeikh Idris al-Marbawi dalam permulaan setiap jilid kitab Bahrul Maazi. Ini adalah salah satu metode penting beliau dalam penulisan.  



Ertinya: “Allah mempercahayakan (wajah) seseorang yang mendengar kata ucapanku, lalu dia memahaminya, lantas dia menunaikannya sebagaimana dia mendengarnya”. 

Makan Ayam

Baru lepas makan K_ _ _ _ _ _ _  Fried Chicken.


Selesai sahaja baru terfikir satu perkara. Apakah ayam tersebut disembelih? Sebab risau juga hidup di metropolitan ini, macam-macam boleh berlaku.

Okey, lebih baik aku husnuzzhon yang sembelih tu orang Islam. Tapi Islamnya bagaimana? Fasik-kah atau yang bertakwa?

Moga-moga setiap apa yang kita makan halalan toyyiban.

Patutlah mereka yang menjaga hati tidak membenarkan perkara yang syubhah dari mendarah daging.

Jumaat, 1 November 2013

Kucing


Kucing Masjid UPM


Nabi suka kucing.

Kucing Nabi nama Mueeza.

Sahabat juga suka kucing.

Abu Hurairah bapa kucing.

Jadi siapa kita untuk buat lebih kurang pada kucing.

Jangan hina kucing!



Anda Juga Mungkin Meminati: