Khamis, 9 Mei 2013

Harumanis Dari Kampung





Sebelum bertolak ke kampus, sempat juga aku renggut beberapa biji harumanis kat depan rumah. Main bedal je dalam gelap. Gred pelbagai. Ada yang berbalut, ada juga yang balutan dah tanggal.

Ada juga yang aku beli, tapi dah bagi kat seseorang. Mak aih, terkejut aku harga sekarang ni. Sekilo Rm20. Ada kot 2 biji. Dua tahun lepas baru Rm8, tu pun dah mahal!

Tak tahulah isi dalamnya macam mana. Peluang menjadi perumah kepada larva tu memang agak tinggi. Aku pun heran kenapa la lalat buah ni suka sangat sengat buah harumanis. Mempelam sala yang tak balut tidak diganggunya pula. Mungkin buah ini HARUM + MANIS?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Juga Mungkin Meminati: