Daripada Zaid b Tsabit ra,
مَنْ كانتِ الدُّنيا همَّه فرّق الله عليه أمره ، وجَعَلَ فقرَه بين عينيه ، ولم يأتِهِ من الدُّنيا إلا ما كُتِبَ له، ومَنْ كَانَتِ الآخرةُ نيَّته جمَعَ الله له أمرَه، وجعل غِناه في قلبِه، وأتته الدُّنيا وهي راغمةٌ
“Barang siapa yang menjadikan dunia sebagai cita-citanya, nescaya Allah akan mencerai-beraikan urusannya dan meletakkan kefakiran diantara dua matanya, sedangkan dunia tidak akan datang kepadanya melainkan sekadar apa yang telah ditetapkan. Dan barangsiapa yang menjadikan akhirat itu niatnya, nescaya Allah memudahkan segala urusannya serta menjadikan rasa cukup dalam hatinya sementara dunia datang tunduk kepadanya dalam keadaan dia berat untuk menerima". Hadis sahih riwayat Ibnu Majah.
~PATUTLAH KITA SENTIASA SIBUK DENGAN URUSAN DUNIA DAN TIDAK MERASA CUKUP DENGAN APA YANG ADA~
Ahad, 26 Mei 2013
Selasa, 14 Mei 2013
Inovasi LICOR
Ini bukan kamera biasa. Sebenarnya ia adalah LICOR Portable Photosyntesis System, buatan US.. Pelbagai perimeter fisiologi dapat diambil menggunakan alat ini. Hanya perlu kepilkan daun yang masih berada di pokok pada plat imbasan selama 2-3 minit. Antara data input yang dapat direkodkan ialah:
Kadar Fotosintesis
Kadar Transpirasi
Konduktiviti Stomata
Suhu
Khamis, 9 Mei 2013
Harumanis Dari Kampung
Sebelum bertolak ke kampus, sempat juga aku renggut beberapa biji harumanis kat depan rumah. Main bedal je dalam gelap. Gred pelbagai. Ada yang berbalut, ada juga yang balutan dah tanggal.
Ada juga yang aku beli, tapi dah bagi kat seseorang. Mak aih, terkejut aku harga sekarang ni. Sekilo Rm20. Ada kot 2 biji. Dua tahun lepas baru Rm8, tu pun dah mahal!
Tak tahulah isi dalamnya macam mana. Peluang menjadi perumah kepada larva tu memang agak tinggi. Aku pun heran kenapa la lalat buah ni suka sangat sengat buah harumanis. Mempelam sala yang tak balut tidak diganggunya pula. Mungkin buah ini HARUM + MANIS?
Sabtu, 4 Mei 2013
Ustaz Azam Calon Kita
Pagi ini, ketika aku pergi ke Nat Balai Baru, beberapa orang calon PR sibuk turun padang bertemu para pengundi. Antara mereka ialah Calon P001 Padang Besar, Ustaz Azamhari; Calon N02, Wan Kharizal; dan Calon N05, Hj Anuar. Orang kata ni sebagai 'final kicks' sebelum hari mengundi besok.
Sempat bergambar dengan Ustaz Azam di Nat (pasar) Balai Baru, Beseri. Orangnya sangat 'humble'.
.
Pemandangan sekitar simpang tiga Kampung Darat. Aku saja snap bendera bulan, sebab bendera biru memang banyak sangat dah. Teringat kata TGNA, "Kita tak perlu banyak bendera, tapi kita perlu banyak berdoa".
Pemandangan begini memang biasa ketika musim PRU
Jalan nak masuk ke kampung aku
Tawaran awal PR kepada rakyat
Bulan mengambang disiang hari (lokasi: rumah Tn Hj Anuar Tahir).
Rabu, 1 Mei 2013
Selamat Hari Pekerja
Kita semua adalah pekerja dan setiap kerja akan dinilai. Kerja kita tidak akan habis melainkan apabila mata sudah terpejam. Ingatlah kerja yang lebih utama adalah menegakkan Deen Allah. Allah tidak memerlukan pembantu untuk bekerja menegakkan agama-Nya , tetapi kitalah sebagai hamba memerlukan rahmat belas kasihan Allah, lebih-lebih lagi di mahsyar nanti.
*Dr Siti Aishah cakap hari ni hari pekerja, bukan hari buruh.......hehehe
Langgan:
Catatan (Atom)
Anda Juga Mungkin Meminati:
-
Hampir empat bulan saya berpraktikal disini, sekarang baru sempat dan tergerak untuk memuatnaik pemandangan di sekitar stesyen penyelidikan...
-
D190 (MDUR88) Klon MDUR88 merupakan salah satu klon durian hibrid selain MDUR78 dan MDUR79. Klon-klon tersebut dihasilkan oleh MARDI. D...
-
Malam ini saya ingin mencoretkan sedikit perihal al-Fadhil Ustaz Dato' Shamsuri Haji Ahmad sebagai tanda kasih dan sayang kami kepad...
-
Padi kebal adalah padi yang tahan kepada racun imidazolinone, digunakan untuk mengawal padi angin. Ia berasal dari varieti padi MR220 y...
-
Inilah pertama kali aku melihat bagaimana kopi diproses, walaupun sejak dari diploma lagi letih menghafal satu demi satu proses terlibat ber...