Khamis, 4 April 2013

Stok A & Stok B


Pada kali ini, saya ingin berkongsi pula cara menyediakan larutan nutrien (baja) untuk tanaman rock melon yang ditanam secara fertigasi. Larutan pekat ini dibahagikan kepada dua iaitu Stok A dan Stok B. Bancuhan bagi 2 jenis stok ini perlu dilakukan dalam dua bekas yang berbeza. Stok A mengandungi 2 unsur manakala Stok B ialah 8 unsur.

Untuk menyediakan Stok A, sediakan:

Calcium Nitrate - 20 kg
Iron EDTA - 1 kg

Contoh Calcium Nitrate

Contoh Iron EDTA


Larutkan kedua-dua unsur tersebut ke dalam 100 L air (20 kg + 1 kg + 100L).


Untuk Stok B, sediakan pula:

Boric Acid - 120 g
Zinc Sulphate - 60 g
Copper Sulphate - 60 g
Mangan Sulphate - 100 g
Potasium Nitrate - 12 kg
Ammonium Molybdate - 10 g
Magnesium Sulphate - 11 kg
Mono Potassium Phosphate - 6 kg

Juga larutkan kelapan-lapan unsur tersebut ke dalam 100 L air.

Contoh Ammonium Molybdate

Mengapa kita sediakan larutan nutrien kepada 2 stok yang berbeza (tidak dicampur sekali)? Ini kerana unsur dari Stok A akan bertindakbalas dengan unsur dari Stok B dan membentuk mendakan tidak larut.

SELAMAT BERAMAL........

2 ulasan:

  1. Kalau buat sikit-sikit boleh tak? 100L air terlalu banyak untuk pengguna di rumah.

    BalasPadam
  2. boleh....misalnya nak sediakan 5L air, cuma perlu kira semula nisbah baja yang diperlukan berdasarkan kadar diatas

    BalasPadam

Anda Juga Mungkin Meminati: