Rabu, 24 April 2013

Semakan Daftar Pemilih


Dah semak......... : )




Daftar pemilih ni macam la juga slip exam yang mana akan menentukan kedudukan kita dalam kelas nanti. Harap-harap tak adalah mat bangla guna nama dan nombor ic aku nanti.




Isnin, 8 April 2013

Stress Physiology


Dengan cuaca panas sebegini, bukan pokok sahaja yang mengalami fisiologi tegasan. Manusia juga turut sama merasainya.....Sudah agak lama juga hujan tidak membasahi bumi ini.

ALLAHUMMA SOYYIBAN NAFI'A

Khamis, 4 April 2013

Stok A & Stok B


Pada kali ini, saya ingin berkongsi pula cara menyediakan larutan nutrien (baja) untuk tanaman rock melon yang ditanam secara fertigasi. Larutan pekat ini dibahagikan kepada dua iaitu Stok A dan Stok B. Bancuhan bagi 2 jenis stok ini perlu dilakukan dalam dua bekas yang berbeza. Stok A mengandungi 2 unsur manakala Stok B ialah 8 unsur.

Untuk menyediakan Stok A, sediakan:

Calcium Nitrate - 20 kg
Iron EDTA - 1 kg

Contoh Calcium Nitrate

Contoh Iron EDTA


Larutkan kedua-dua unsur tersebut ke dalam 100 L air (20 kg + 1 kg + 100L).


Untuk Stok B, sediakan pula:

Boric Acid - 120 g
Zinc Sulphate - 60 g
Copper Sulphate - 60 g
Mangan Sulphate - 100 g
Potasium Nitrate - 12 kg
Ammonium Molybdate - 10 g
Magnesium Sulphate - 11 kg
Mono Potassium Phosphate - 6 kg

Juga larutkan kelapan-lapan unsur tersebut ke dalam 100 L air.

Contoh Ammonium Molybdate

Mengapa kita sediakan larutan nutrien kepada 2 stok yang berbeza (tidak dicampur sekali)? Ini kerana unsur dari Stok A akan bertindakbalas dengan unsur dari Stok B dan membentuk mendakan tidak larut.

SELAMAT BERAMAL........

Rabu, 3 April 2013

Terjawab


Parlimen Malaysia dah bubar. Dun Perlis pun sudah. Tinggal lagi tarikh mengundi belum diputuskan.

Calon feveret, Insyaallah:
P001 Padang Besar - Ustaz Azamhari Mahmood
N05 Santan             - Hj Anuar Tahir

Aku kenal mereka berdua ni. Lembut tuturkata dan sangat mudah untuk bersua muka. Ustaz Azam adalah Mudir SRI at-Taqwa manakala Tn Hj Anuar adalah bekas CEO Kedah Agro.


 INI KALI-LAH!

Selasa, 2 April 2013

MAN ANA??


أنا إن سألت القوم عني من أنا

أنــــا مؤمن ســــأعيش دوماً مؤمنا

فليعلم الجميع أني ها هنا

لن أنحني لن أنثني لن أركنا


إني رأيت الله في أكوانه

وسمعت صوت الحق في قرآنه

ولمست حكمة ونور بيانه

في سيرة المختار في إيمانه


أنا كوكب يهدي القوافل في السرى

وأنا الشهاب إذا رأيت المنكرات

ما لي سوى نفس تعد على الشرى

قد بعتها لله والله اشترى

Isnin, 1 April 2013

Kilang Kopi Anggerek

Inilah pertama kali aku melihat bagaimana kopi diproses, walaupun sejak dari diploma lagi letih menghafal satu demi satu proses terlibat bermula dari kopi jambu sehingga terhasilnya serbuk kopi campuran.


Alhamdulillah, sekali lagi kami berpeluang mengikuti lawatan subjek TKP3001 ke Kilang Kopi Anggerek kepunyaan FAMA. Ia terletak di Kampung Kanchong Darat, Banting dalam daerah Kuala Langat, Selangor. Perusahaan kilang ini sebenarnya bermula lebih 30 tahun dahulu iaitu pada tahun 1974, dimana produk keluarannya ketika itu hanyalah serbuk kopi jenama Anggerek. Kini, kilang ini telah mempelbagaikan lagi jenis keluaran mereka lebih daripada 7 citarasa yang berbeza dan produknya menembusi sehingga pasaran Singapura, India, Korea dan China. 


Pasaran kopi Anggerek begitu terkenal di Sarawak berbanding Semenanjung. Di Sarawak ia lebih dikenali dengan nama 'Kopi Perintah'. Pada akhir tahun 80-an, Anggerek telah menguasai jenamanya di Sarawak. Pada masa kini, terdapat 3 jenis kopi Anggerek yang dihasilkan iaitu  kopi campuran jenama Anggerek, kopi pracampuran Anggerek dan Agromas, dan uncang kopi campuran Agromas. 


Biji kopi perlu dipanggang (roasting) terlebih dahulu sebelum dicampur dengan ramuan tambahan seperti gula, marjerin dan gandum. Sebab itulah ia dikenali sebagai kopi campuran. Sumber biji kopi Liberica an Robusta untuk kilang ini kebanyakannya diimport dari Indonesia disamping sebahagian kecil datangnya dari ladang sekitar Banting sendiri. 


Mesin pengisar biji kopi kepada bentuk serbuk

Tiga jejaka pilihan segak bergaya. Budaya mencatat tak lekang sama sekali.

Aspek kebersihan sangat dititikberatkan sebelum memasuki Unit Pembungkusan. Sebelum masuk, kami diwajibkan memakai penutup kepala. 

Juga memakai sarung kasut

Staf di Unit Pembungkusan memasukkan jumlah sachet tertentu ke dalam setiap pek.

Kemudian pek tersebut akan di'seal'kan disini


Seusai melawat kilang dan Unit Pembungkusan, kami mendengar pula taklimat yang disampaikan oleh Pengurus Kilang Anggerek, Tuan Hj Abd Moeen Abdul Wahid. Menurut beliau, operasi kilang ini melibatkan 26 orang staf. Ia juga turut menerima pelajar praktikal dan pekerja sambilan. Lawatan ini berakhir dengan sedikit jamuan ringan, dan yang paling mustahak dapat menikmati kehangatan aroma kopinya. Memang KAW KAW habaq hang kopi dia....

Anda Juga Mungkin Meminati: