Ahad, 25 Ogos 2013
Jaga2 Hai Kaum Melayu Yang Muslimin
Dan segera kahwinkan anak dara atau anak perempuan muda yang bujang itu dengan orang yang beragama dan yang berperangai baik sebagaimana perangai yang terpuji pada syarak.
Bahrul Madzi Jilid 8 m/s 35
Sabtu, 20 Julai 2013
Mengidam Durio
Dah beberapa kali aku membelek-beleknya sebelum ini. Tapi masih tak ringan untuk mengeluarkan kepingan note. Sebabnya buku ini hanya membincangkan taburan dan morfologi spesis-spesis durian liar yang terdapat di Malaysia. Sebaliknya aku nak cari buku yang serba lengkap mengenai klon-klon durian.
Tidak mengapalah.....buku yang sangat berharga ini perlu juga dimiliki sebagai rujukan. Hasrat untuk mendapatkannnya sudah lama terpendam. Kerana pokok durian memiliki nilai estetika yang sangat tinggi.
Sayangnya, esok Kedai Buku MARDI tutup. Terpaksa ditangguhkan ke minggu hadapan.
Teringin pulak rasanya nak berpraktikal dengan pengarang Durio of Malaysia ini, Dr. Salma Idris.
Selasa, 16 Julai 2013
Cerdik Pak Belalang
"Assalamualaikum Pak Belalang....."
"Waalaikumussalam.....siapa tu? Ooh, Encik Kachong, Encik Kadok. Apa hajat ni datang ke mari?"
"Begini Pak Belalang, esok tok penghulu nak buka tanah baru. Dia minta banyak orang-orang bekerja. Marilah kita pi bekerja bersama-sama Pak Belalang. Bolehlah kita dapat hasilnya sikit sebanyak Pak Belalang".
"Saya tu bukannya tak mahu bekerja Encik Kachong, tapi badan tu dah naik uzur".
"Kami tu bukan apa-apa Pak Belalang, kami kesian kat Belalang tu kerja hari-hari tak berhenti. Kalaulah dia sakit nanti Pak Belalang juga yang susah".
"Belalang tu memang degil budaknya Encik Kadok. Dah berapa kali saya kasi tahu, jangan kerja Belalang, jangan kerja, dia nak kerja juga. Degil budak tu sampai tak boleh nak kata apa langsung".
"Yalah, kalau si Belalang tu tak kerja, Pak Belalang nak makan apa dua beranak?"
"Hai Encik Kachong, sedangkan ulat didalam batu pun dapat makan, takkanlah kita yang didalam rumah ni tak dapat makan?"
Hmm entahlah Pak Belalang.
"Sekarang ni kerja pun susah ye Encik Kachong"
"Benar Pak Belalang. Tambah-tambah pulak orang yang malas"
"Silalah kopi Pak Belalang, Maklumlah tak berdulang"
"Jadi, esok Pak Belalang tak pergilah"
"Ermm, nampak gayanya tak pergilah"
"Kopi apa ni Pak Belalang?"
"Hentam sajalah"
Khamis, 11 Julai 2013
Varieti Padi Baru MR269
MR269 adalah varieti padi yang paling terbaru diisytiharkan oleh MARDI untuk ditanam secara komersil. Pada hemat saya, selepas dibuat perbandingan dengan MR219, MR220, MR253 dan MR263, varieti MR269 adalah yang terbaik dari segi:
-tumbesaran pokok yang vigorous
-kerintangan terhadap penyakit hawar seludang
-mempunyai jumlah bilangan bilah (tiller) yang banyak
Mungkin juga hasil MR269 dapat menandingi varieti 'superior' sebelum ini iaitu MR219 dan MR220.
Rabu, 26 Jun 2013
Qari Hj Ku Abdullah Jusoh
Sememangnya beliau sangat terkenal, terutama di negeri Perlis. Dikenali dengan nama Pak Lah Telang, selain menjadi guru Quran, beliau juga adalah imam di Masjid Alwi, Kangar. Seingat saya, setiap tahun Pak Lah sering dijemput menjadi hakim musabaqah al-Quran samada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa.
Suara beliau MasyaAllah......tersangatlah lunak ketika mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran. Sehingga tidak terasa kaki leguh berdiri lama dalam sembahyang. Kalau saya berjemaah di Masjid Alwi, tiada harapan lain selain hanya mahu berimamkan beliau.
Tuan Hj Abdullah memiliki suara dan kerongkong ala arab. Sehingga sesiapa sahaja yang mendengar bacaan tanpa melihat orangnya akan menyangka beliau ialah orang arab.
Sabtu, 8 Jun 2013
Karnival Usahawantani 2013
TNC HEPA, Prof. Dr. Mohammad Shatar Sabran hadir merasmikan karnival ini, seterusnya menyampaikan replika cek dan sijil kepada kumpulan-kumpulan yang menang.
WOW!! Sempat lagi posing. Yang kojer nya 2-3 orang je, lain-lain tu amacam?
Ini betul-betul hasil titik peluh kami tau! Bukan tangkap muat rock melon dari luar. Ada yang mencecah 3kg lebih.....hehehe. Boleh dikatakan inilah produk utama yang paling laris.
Juga beraneka produk hiliran rock melon seperti dadih, rojak buah, buah potong, jus dan ais krim. Semua ni kerja budak-budak perempuan. Memang rajin betul lah mereka.
Buah yang dipotong dadu ini pula hendak dijadikan koktail. Lai Lai....sedappp
Tak sia-sia usaha selama satu semester. Inilah ganjarannya. Tahniah kepada ahli-ahli rumah teduhan 4.
Isnin, 3 Jun 2013
Chokanan Haji Basiron
Menurut pemiliknya, Tuan Haji Basiron, ladang mangga chokanan ini berkeluasan 5 ekar terletak di Kampung Gelam, Bukit Rambai, daerah Melaka Tengah. Tanah pusaka keluarga ini beliau usahakan kira-kira 10 tahun yang lalu. Modal untuk beliau bangunkan ladang ini datangnya dari pencen sebagai askar.
Hasil dari titik peluh beliau, ladang ini dapat mengeluarkan sebanyak 10 tan mangga chokanan semusim. Pasaran adalah pelbagai termasuklah melalui FAMA, peraih dan orang perseorangan. Jika diambil kira sekilo RM3.00, maka secara matematiknya beliau mampu mendapat pulangan mencecah RM30, 000. Menurut Haji Basiron lagi, dengan hasil dari ladang inilah beliau dapat mengerjakan ibadah haji, tetapi dengan syarat kita hendaklah berniat dari awal, mengeluarkan zakat dan melazimi sedekah.
Chokanan yang ladang ini keluarkan akan dipastikan berkualiti oleh Haji Basiron. Oleh itu, beliau akan memetik sendiri buah yang betul-betul matang dan mempunyai bentuk yang sempurna kerana kebanyakannya akan dieksport ke Singapura.
Disebabkan kebanyakan penduduk mengusahakan penanaman mangga chokanan, Kampung Gelam ini dijadikan produk agrotourism oleh kerajaan Melaka. Kalau anda ingin mencari mangga chokanan di Melaka, pastinya anda tidak berjumpa kerana nama ini sekarang dikenali sebagai 'MELAKA DELIGHT'.
Langgan:
Catatan (Atom)
Anda Juga Mungkin Meminati:
-
Hampir empat bulan saya berpraktikal disini, sekarang baru sempat dan tergerak untuk memuatnaik pemandangan di sekitar stesyen penyelidikan...
-
D190 (MDUR88) Klon MDUR88 merupakan salah satu klon durian hibrid selain MDUR78 dan MDUR79. Klon-klon tersebut dihasilkan oleh MARDI. D...
-
Malam ini saya ingin mencoretkan sedikit perihal al-Fadhil Ustaz Dato' Shamsuri Haji Ahmad sebagai tanda kasih dan sayang kami kepad...
-
Padi kebal adalah padi yang tahan kepada racun imidazolinone, digunakan untuk mengawal padi angin. Ia berasal dari varieti padi MR220 y...
-
Inilah pertama kali aku melihat bagaimana kopi diproses, walaupun sejak dari diploma lagi letih menghafal satu demi satu proses terlibat ber...
