Sabtu, 21 April 2012
2 Pendekatan Yang Berbeza......
HIDUP hanya sekali
So, rebut dan nikmatilah apa yang ada didepan kamu sepuas-puasnya tanpa mengira batasan.
MATI hanya sekali,
Beramallah sebaik mungkin kerana setiap apa yang kamu lakukan akan menerima balasan di akhirat.
Persoalannya, yang mana satu pilihan kita????
Jumaat, 20 April 2012
Sebab Imam Ditegah Memanjangkan Solat Jemaah
Kerana bahawasanya ada di kalangan mereka (yang berjemaah) orang muda-muda. Maka orang muda itu adatnya ialah yang disuruh oleh keluarga dirumah daripada ibu ataupun saudara dan sebagainya untuk nak menyempurnakan hajat daripada mencari makanan ataupun cari ubat sakit demam ataupun nak ambil suatu benda yang jauh dan sebagainya.
Dan orang muda-muda itulah yang cergas menyempurnakan apa perkara yang perlu diatas hal kehidupan dunia. Dan cergas bagi menghilangkan apa perkara yang memberi mudarat. Maka jikalau dipanjangkan sembahyang itu dan dipanjangkan berdiri sembahyang itu nescaya jadilah gendala orang muda itu daripada mengerjakan apa-apa kewajipan yang dirumah dan lain-lainya. Dan ternanti-nantilah orang yang bertali-mali dengannya atas apa hal yang bersangkut dengannya. Sehingga boleh jadi mendatangkan mudarat seperti jatuh kebinasaan atau sakit atau sebagainya.
Dan lagi jikalau muda sekalipun entahkan didalam sembahyang itu tiba-tiba datang mau kencing dan berak. Maka jadilah keluh kesah dia didalam sembahyang dan tiada berhadap dia kepada sembahyang dan mendatangkan mudarat.
Maka dengan kerana beberapa sebab itu disuruh Nabi SAW cepatkan sembahyang itu oleh orang yang menjadi imam.
Bahrul Mazi Jilid 2
[SYEIKH IDRIS AL-MARBAWI]
Sabtu, 31 Mac 2012
Apa itu KT3935?
Pernahkah anda mendengar apa itu KT3935? Sebenarnya ia adalah nama sebatang pokok getah yang terdapat di dalam plot kajian LGM Kota Tinggi. Pegawai yang bertanggungajawab menjalankan kajian dalam penghasilan pokok induk yang terkenal ini ialah En Hamid. Menurut En Hamid, kajian tersebut memakan masa selama 25 tahun lebih.
Ini adalah pokok induk bagi klon getah terbaru RRIM3001 (Klon 1Malaysia) yang dikenali sebagai KT3935. Gambar ini diambil bersama kawan-kawan ketika aku sedang praktikal di LGM Kota Tinggi. Bertopi merah ialah En Amran, penyelidik LGM.
Daripada pokok induk ini, mata tunas diambil untuk dibiakkan lebih banyak anak-anak getah klon RRIM3001.
.
Nama KT3935 bersempena dengan kedudukan pokok tersebut dalam lajur 39 dan baris 35. Antara ciri-ciri superior pokok ini ialah mengeluarkan lateks yang banyak, batang yang besar dan lurus yang sesuai dibuat kayu balak
Ini adalah pokok induk bagi klon getah terbaru RRIM3001 (Klon 1Malaysia) yang dikenali sebagai KT3935. Gambar ini diambil bersama kawan-kawan ketika aku sedang praktikal di LGM Kota Tinggi. Bertopi merah ialah En Amran, penyelidik LGM.
Daripada pokok induk ini, mata tunas diambil untuk dibiakkan lebih banyak anak-anak getah klon RRIM3001.
.
Sabtu, 24 Mac 2012
Ingatan Buat Pemimpin
Kepada mereka yang duduk di atas sana nuh, ingatlah akan tanggungjawab yang dipikul atas pundak kamu. Janganlah duduk bersenang lenang menikmati segala kemewahan dan keistimewaan atas nama jawatan kamu.
Kerana orang bawahan seperti kamilah mengangkat kamu berada diatas. Dan ingatlah setiap tugas adalah amanah dari Allah.
Kerana orang bawahan seperti kamilah mengangkat kamu berada diatas. Dan ingatlah setiap tugas adalah amanah dari Allah.
Ahad, 11 Mac 2012
Krisis Identiti
Golongan remaja sering dikaitkan dengan perkara ini. Apakah yang dapat difahami dengan krisis identiti? secara amnya ia bermaksud keadaan sikap peribadi seseorang yang mana berada di persimpangan samada untuk menjadi itu dan ini. Mereka tiada pendirian yang tetap dan tersendiri untuk memilih sesuatu keputusan sebaliknya lebih dipengaruhi oleh faktor persekitaran.
Sebenarnya, masa remaja adalah masa yang sangat kritikal yang perlu diberi perhatian oleh setiap para remaja. Tempoh ini akan mencorakkan karekter masing-masing di masa depan. Jika berjaya mereka menguruskannya, maka insyaAllah baiklah masa depan. Ibubapa dan keluarga juga memainkan peranan penting dalam membina karekter anak-anak.
Menjadi lebih parah apabila para remaja kita tidak dapat membezakan antara baik dan buruk dalam adab bersosial. Contohnya mereka lebih gemar meniru gaya kebaratan dalam berpakaian, berhibur, sukan dan lain-lain yang mana menggambarkan nilai-nilai negatif. Krisis identiti sebegini sangat dibimbangi dalam pembinaan masyarakat yang berakhlak mulia.

Jumaat, 21 Oktober 2011
Jumaat yang lagha
Tadi tengah tok khatib dok baca khutbah kat Masjid UPM, aku lihat 2 orang yang dah dewasa sedang bersembang. Cuma selang lebih kurang 5 saf dari saf aku.
Sebelum khutbah, tok bilal ada berpesan. Katanya, "Barangsiapa yang bercakap-cakap ketika khatib sedang berkhutbah, maka sia-sialah pahala jumaatnya".
Sebelum khutbah, tok bilal ada berpesan. Katanya, "Barangsiapa yang bercakap-cakap ketika khatib sedang berkhutbah, maka sia-sialah pahala jumaatnya".
Langgan:
Catatan (Atom)
Anda Juga Mungkin Meminati:
-
Hampir empat bulan saya berpraktikal disini, sekarang baru sempat dan tergerak untuk memuatnaik pemandangan di sekitar stesyen penyelidikan...
-
D190 (MDUR88) Klon MDUR88 merupakan salah satu klon durian hibrid selain MDUR78 dan MDUR79. Klon-klon tersebut dihasilkan oleh MARDI. D...
-
Malam ini saya ingin mencoretkan sedikit perihal al-Fadhil Ustaz Dato' Shamsuri Haji Ahmad sebagai tanda kasih dan sayang kami kepad...
-
Padi kebal adalah padi yang tahan kepada racun imidazolinone, digunakan untuk mengawal padi angin. Ia berasal dari varieti padi MR220 y...
-
Inilah pertama kali aku melihat bagaimana kopi diproses, walaupun sejak dari diploma lagi letih menghafal satu demi satu proses terlibat ber...