Sabtu, 31 Mac 2012

Apa itu KT3935?

Pernahkah anda mendengar apa itu KT3935? Sebenarnya ia adalah nama sebatang pokok getah yang terdapat di dalam plot kajian LGM Kota Tinggi. Pegawai yang bertanggungajawab menjalankan kajian dalam penghasilan pokok induk yang terkenal ini ialah En Hamid. Menurut En Hamid, kajian tersebut memakan masa selama 25 tahun lebih.

Nama KT3935 bersempena dengan kedudukan pokok tersebut dalam  lajur 39 dan baris 35. Antara ciri-ciri superior pokok ini ialah mengeluarkan lateks yang banyak, batang yang besar dan lurus yang sesuai dibuat kayu balak

Ini adalah pokok induk bagi klon getah terbaru RRIM3001 (Klon 1Malaysia) yang dikenali sebagai KT3935. Gambar ini diambil bersama kawan-kawan ketika aku sedang praktikal di LGM Kota Tinggi. Bertopi merah ialah En Amran, penyelidik LGM.
Daripada pokok induk ini, mata tunas diambil untuk dibiakkan lebih banyak anak-anak getah klon RRIM3001.



.

InsyaAllah

Semalam aku bermimpi runtuhnya pemerintah yang telah berkuasa sekian lama

Sabtu, 24 Mac 2012

Ingatan Buat Pemimpin

Kepada mereka yang duduk di atas sana nuh, ingatlah akan tanggungjawab yang dipikul atas pundak kamu. Janganlah duduk bersenang lenang menikmati segala kemewahan dan keistimewaan atas nama jawatan kamu.
Kerana orang bawahan seperti kamilah mengangkat kamu berada diatas. Dan ingatlah setiap tugas adalah amanah dari Allah.

Ahad, 11 Mac 2012

Krisis Identiti

Golongan remaja sering dikaitkan dengan perkara ini. Apakah yang dapat difahami dengan krisis identiti? secara amnya ia bermaksud keadaan sikap peribadi seseorang yang mana berada di persimpangan samada untuk menjadi itu dan ini. Mereka tiada pendirian yang tetap dan tersendiri untuk memilih sesuatu keputusan sebaliknya lebih dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

Sebenarnya, masa remaja adalah masa yang sangat kritikal yang perlu diberi perhatian oleh setiap para remaja. Tempoh ini akan mencorakkan karekter masing-masing di masa depan. Jika berjaya mereka menguruskannya, maka insyaAllah baiklah masa depan. Ibubapa dan keluarga juga memainkan peranan penting dalam membina karekter anak-anak.

Menjadi lebih parah apabila para remaja kita tidak dapat membezakan antara baik dan buruk dalam adab bersosial. Contohnya mereka lebih gemar meniru gaya kebaratan dalam berpakaian, berhibur, sukan dan lain-lain yang mana menggambarkan nilai-nilai negatif. Krisis identiti sebegini sangat dibimbangi dalam pembinaan masyarakat  yang berakhlak mulia.

Anda Juga Mungkin Meminati: